FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, June 10, 2012

iPOH : GaHaRu Tea VaLLeY GoPeNG

Soalan : Kat Ipoh ada ladang teh??????????? 

Haaa jawab! Jawab!! Jawab larrrrrrr....... Hahahahaha....

Kisah sebenar hari ini nak ke pejabat.  Aku nak pegang kunci, dia pun nak pegang kunci.  Katanya nak datang pagi.  "Baiklah.  Betul ya pagi?" "Ha, saya pun ada banyak kerja nak buat ni.  Esok pagi saya datanglah".

Jam 10 aku dah keluar meronda pi Pasar Karat (sekarang hari Sabtu dah buka kat RTC Perak yang dulunya dikenali sebagai TEMAN).  Kejap je ronda kat sini sebab aku rasa Pasar Karat (Lorkin) hari Ahad kat dalam pekan Ipoh lagi best (mungkin sebab yang kat RTC ni masih baru dan belum popular).  Telefon si pemegang kunci "Pukul doblas lebih lar saya datang, nak pi makan kedai mamak dulu." PANG!!!! 

Memandangkan aku sudah berada di Gopeng, maka aku pun merayau ler masuk segala ceruk lorong belah-belah belakang pekan Gopeng.  Sampailah ternampak papan tanda 'tea valley'.  Ternganga kejap sambil tenyeh-tenyeh biji mata.  WOW!!!!

Nasib baik senang nak cari tempat ini.  Kalau sesiapa yang pernah pergi water rafting kat Sungai Itek, tempat ini memang di laluan yang sama.  Kalau tak perasan papan tanda nak ke Gaharu Tea Valley ni boleh ikut jalan masuk myGopeng Resort sebab kita akan jumpa tempat ini dulu.


Info lanjut :
Gaharu Tea Valley Gopeng
[Gaharu Technologies Sdn. Bhd.]
Lot 9840, Mukim Teja,
Kampung Pintu Padang,
31600 Gopeng Perak.
Tel : 05-357 5999

Weeeee.... tetiba macam nervous nak masuk sebab pintu gerbangnya gah sungguh.  Ala-ala kota dan tembok besar China gitu.  Tidak ada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam tempat ini.  Bangunan pentadbiran / tourist point dekat je dengan pintu gerbang.  Kat dalam ni ada tempat jualan teh, minyak wangi, kayu dan berbagai lagi cenderahati untuk dibawa pulang.  Satu lagi jangan lupa rasa teh gaharu percuma :) <- wangi

Bila masuk je terus kagum.  Cantiknya!  Ada tempat macam ni kat Ipoh?  Seriously????  Terus senyum sensorang.  Maklumlarr macam dah lama giles tak nengok pokok.... Rindu dah nak cium bau hutan.

Ini pemandangan dari salah satu puncak bukit.  Sebab baru masuk kali pertama, aku bayar RM10 naik van untuk jalan-jalan dalam ni (tour dalam 1 jam).

View lain pula.  Dalam bulatan ada pokok misteri!!!!!  Bangunan warna putih tu pula rumah burung.  Pokok-pokok gaharu yang kelihatan dalam gambar ini berusia 1.5 tahun - 3 tahun.

Pokok gaharu yang paling tua sekali dalam ladang ni.  Di tanam pada tahun 1992, dah dua puluh tahun dah nih.  Tinggi melangit, tapi daun dah tak berapa nak ada.

 'ibu' pokok gaharu bagi ladang ni.

Orang cina percaya pokok gaharu ni paling dekat dengan tuhan.  Kononnya kalau peluk dosa hilang.  Dalam cerita lain pokok ini banyak ion positif, maka bila peluk ion-ion negatif dalam badan akan keluar.  Aku peluk bukan sebab yang kat  atas ni tapi nak tunjuk yang batang pokok ni besar je... Bestnya cium bau pokok!!!!!

 Ini rupa pokok gaharu yang umurnya 3 tahun err 2?



Best jalan kat sini.  Tapi kata pemandu van, pernah ada babi hutan termasuk kat kawasan ni.  Almaklumlah belakang tu memang kawasan hutan (siap ada waterfall dengan kebun durian lagi!)

Buah dari pokok gaharu.  Biji benih dia yang warna merune.  Comel je, kalau tak tengok betul-betul tak perasan.

Pokok gaharu ada bunga!!  Nak tengok dekat tak boleh sebab tinggi.  Bunga pokok gaharu lagi comel saiznya dari buah pokok gaharu.

Siapa tak pernah tengok pisang hutan, ni larrr rupanya.  Kurus-kurus panjang.  Boleh makan tapi banyak biji.

Dalam pusing-pusing dalam ladang, jumpa satu pokok gaharu yang bergayut-gayut sarang burung tempua.  Memang ada burung dalam tu (bukti nampak sendiri).  Setahu aku burung ni suka tempat ada air dan bawah pokok ni memang ada satu kolam.  Jadi aku rasa, ni memang burung tu datang buat sendiri kat sini :D

Owhhh patah balik pada cerita pokok misteri nih....  Sebenarnya ada dua pokok besar dalam gambar ni.  Satu warna putih dan satu lagi warna seakan-akan hitam (gelap) tapi yang warna gelap dalam gambar ni terlindung sikit.  Digelarkan pokok berdua ini 'pokok peluk' berdasarkan cerita dahulu kala dari bawaan orang asli (ok ini berdasarkan cerita dari pemandu van).  Ceritanya yang putih itu perempuan mat saleh dan yang warna gelap itu adalah pemuda dari orang asli. Mereka bercinta dekat situ dan keadaan pokok itu seolah-olah yang lelaki sedang memeluk si perempuan (angkat tangan sebelah peluk kat bahu).  Haaaaa mana rupanya, kena larr datang sendiri.  Lepas tengok dari dua tiga  lokasi berlainan baru aku faham apa yang dimaksudkan dengan pokok peluk ni (lepas tu aku pula jadi pemandu pelancong kat orang lain dalam van, haahahaha)

Lepas puas tengok pokok gaharu, aku ronda-ronda lagi keluar masuk ladang kelapa sawit, ladang getah, kampung bagai.  Semua lorong pun aku masuk hari ni sebab macam gigih sangat nak cari apa lagi yang ada kat sini.

Akhir sekali aku jumpa tempat ni.  Jom boleh piknik!  Dalam kawasan ni ada banyak resort (nak buat water rafting pun best - blog tak buat-buat sampai sekarang, errrrr) dan kalau nak merasa duduk homestay rumah kampung boleh lar lajak sampai Kampung Jahang.  Air sungai dia memang best wooooooooooOOOOoOOOOOO....... Main air yuk!!!!

21 comments:

AndaQue said...

Ohhhh Lorkin Ipoh memang best... pergi jangan tak pergi boleh ambil photo ragam manusia yang padat setaip hari Ahad bermula awal pagi sehingga pulul 12 tengah hari... biasanya dalam kul 1 dah lengang. Filem "Sepet" pun buat di situ. Beberapa kali saya pernah terserempak dengan artis2 yang merayau2 disana. Kalau nasib baik boleh jumpa Sidek Hussien pelakun drama yang beguk ditengkuk tu berniaga barangan antik kat sana. Boleh kita panggil Flea Market jugakan... banyak negara yang ada flea market macam ni yang best untuk kita luangkan masa pi tengok, contoh di Bangkok. Kalau jalan2 di Lorkin nanti selalu kita akan terjumpa sesuatu yang selama ni kita nak tapi sukar nak dapat tiba-tiba kita boleh dapat kat sana... Enjoy..pakai topi panehhhh...

masMZ KaKiJaLaN said...

AndaQue ,

Iyerrr flea market!!!! Suka sangat!!!!!! Dulu dekat Amcorp Mall punya best, banyak barang. Kat Perak memang Lorkin Pasar Karat Ahad the best!

Kalau pergi tempat-tempat ni boleh ralit nengok barang. Seronok bedek-bedek barang nostalgik.

Ada artis yang menjual juga kat sana, betul Sidek Husin tu pernah jumpa!! Kalau sempat esok merayau lagi ke Lorkin.

peminat jam dan pinggan mangkuk :)

Biqque said...

wahhhhh ada jugak tempat menarik kat gopeng ni! bleh la kalo aku blk kg nak menyinggah! good info to share! kudos!

Cawan said...

tahun melawat Perak keadahnye..

thanks for share :)

Unknown said...

Idak la temam tahuuuuu..pas ni leh terjah hehehe

masMZ KaKiJaLaN said...

@ Biqque ,

Tu aaa tak sangka boleh terjumpa pulak tempat ni. Nanti jangan lupa singgah, berangin-angin sejuk tau walau tetengah hari buta aku kat sini.

masMZ KaKiJaLaN said...

@Cawan,

u r welcome. Moh ke Perak! hehehe Visit Perak 2012.


@BlueEwoke,

terjah jangan tak terjah. Tempat ni leh pepagi buta dah buka untuk public.

just.HY said...

ok..jom pegi sini pulak since ko pun dh penah sampai kan. hehehe. mcm best je wlpn aku tau mesti panas giler kat area situ sbb pokok2 tak cukup besar lg.

Hang Dhamin said...

gambar ko peluk pokok tu sangat cantik ! mood jujur..

dzuchan said...

Hi, 1st time drop my comment (tapi dah bertime2 baca ur blog)

Saya dok Ipoh 2 tahun, tapi memang tak pernah tau/baca/ada orang citer pasal tempat ni..

Thanks sbb share pasal benda ni and saya memang nak pergi..yey !!!!

masMZ KaKiJaLaN said...

@ Danny / John ,

Jomssss..... Moh ler ke Perak

@ Hang Dhamin ,

Iya, saya jujur memeluk pokok itu. Hahahaa...

masMZ KaKiJaLaN said...

@dzuchan,

Saya tak sampai 2 tahun lagi kat sini, hehehe. Kebetulan meronda-ronda nunggu masa, masuk je larr. Dah tak percaya betul ke derang ni 'ladang teh?'? :D

dzuchan said...

sungai Jahang tu memang selalu pergi..port lepak bila tensen. air sejuk,tapi deras sikit
maknenya ladang teh dekat area2 situ jugakla ek..
Btw, Ipoh ni memang tempat yang sesuai la utk tanam gaharu..

mode:*Miss Ipoh so much*

masMZ KaKiJaLaN said...

Hahahaha.... meh nak jiwa jugak lar dok kat tepi sungai Jahang tu... Tapi port paling best kat mana erk? ada nampak papan tanda Lata apa ntah, tapi tak sempat nak nyinggah....

ladang ni memang dekat-dekat situ juga. Dari pekan Gopeng dah boleh nampak signboard. Kalau tak perasan papan tanda Gaharu Tea ni, ikut je signage MyGopeng Resort.

Kat dalam tu hilly dan sejuk sepoi-sepoi juga, mungkin sebab tu tempat ni yang menjadi pilihan owner tempat ni tanam gaharu. Dah duapuluh tahun katanya :D

dzuchan said...

port lepak..tak pasti la nama dia tapi dekat dengan Kandu eco-park apentah tu..dalam kampung apentah..
*info tak membantu*haha

tapi bole bawak masuk keta.
pastu dok la berjiwa bawah pokok buluh serumpun tu.

masMZ KaKiJaLaN said...

@dzuchan

Hahahaha... aritu sempat juga singgah dekat tempat Kandu Ecopark pastu borak sat dengan orang kat situ. Nak masuk sebab tak de orang n kena bayar guide lakss... ciss.

bawah pohon semambu bukan yang dalam gambar nih ke????? ala kena pusing lagi nih... nak usaha juga cari lata apa nama yang tak dapat dikesan lagi tuh... nak kena bedek balik gambar...

#manalah agaknya kampung apentah tuh! ekekekekee... kalau keluar dah sampah kampung mesah hilir dah, takdok sungai dah rasanya kat situ.

dzuchan said...
This comment has been removed by the author.
dzuchan said...

eehhh..betul2..pokok buluh itu dan sungai diatas...
situlah tempat kami mandi ngan berkelah..x perasan sebab dok tengok gambar ladang gaharu..hehe

masMZ KaKiJaLaN said...

@dzuchan

Hahahahaha... tandanya memang dalam hati dah dekat nak sampai dah tempat gaharu nih ;D

intan said...

wah very interesting place

farhana said...

thanks for sharing