FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, January 31, 2012

Ke KuaLa WoH LaGi

Memandangkan tahun 2012 merupakan tahun melawat Perak, maka tahun ini jenjalan di Perak akan diperbanyakkan dan diperluaskan lagi....  Tempat yang dah pergi pun nak buat-buat macam kali pertama kali pergi!!

Minggu lepas kami sekeluarga ke Kuala Woh lagi... Rupanya ada lagi set-set sepupu-sepapat yang belum lagi sampai ke tempat ni... 

"KY, jadi tak pergi ni?"
"KY, kui berapa nak pergi ni?"
"Jauh ke dekat?"

Amboihhhh.... banyak sungguh soalannya!!!!

Kuala Woh, terletak di Tapah, Perak.  Kalau keluar dari exit Tapah (PLUS), Kuala Woh ni terletak dalam 20 km (anggaran).  Sungai yang mengalir di Kuala Woh ni namanya Sungai Batang Padang.  Sungai yang lebar, ada tempat yang cetek, ada yang bolehlarrr nak hanyut-hanyut, dan ada juga jeram yang best untuk menghayutkan diri ala-ala 'rafting' gitu...  Cerita pasal Kuala Woh dalam blog ini dahulu boleh rujuk kat sini SuNGai BaTaNG PaDaNG daN KuaLa WoH (RaHsia).

Hujung minggu, boleh tahan ramai orang..  Nasib baik sungainya lebar, cukup tempat untuk semua orang.


errrr..... hahahahaha..... sejuk wooooooo

bukan aku yerrr!

Istimewa di Kuala Woh.... cer teka... cer teka!

ni apa kaki-kaki nih??????

?????? Hahahahahaah

Syiok woooooooo.......

Sebenarnya ada kawasan di tepi-tepi kawasan sungai yang mempunyai kawasan air panas....  Nak tahu kenapa air panas???? Jawapannya boleh diperolehi dari papan-papan maklumat yang disediakan di kawasan ini.  Kalau nak tahu, jeng jeng jeng..... Moh lerr ke Perak!!!  Memang menakjubkan bila di air sungai yang sejuk mengalir, ada kawasan-kawasan air yang panas di tengah-tengah....  *Tak boleh nak pijak tempat ni lama-lama, PANAIH!!!

Dah.... rahsia dah bocor!!! 
Ada air panas kat Kuala Woh ni.... 
Jom balik! Lain kali kita datang lagi :D





15 comments:

Ren said...

1st!!!!!!

Ren said...

Hek eleh.... bekelah blakang umah orang!

Ren said...

Kompom la bukan, kalo dah kurus macam tu.....

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel,

hek elehhhhh.... tu aaa saper suh demam masa tu!!!!!! Hahahahhaaha

masMZ KaKiJaLaN said...

woittttttt sempat lagi tuh!!! cissssss....

Biqque said...

hahaha lawak la john! frust la tu!

i tak penah gi tempat ni...bagus sungguh, meh kita promote perak sempena tahun melawat perak ye :D

Lily Riani said...

john,

rajuk? hahahhahah cam lagu spider?

mas,

lawaaaaaaaaaa....... i suka titi tuh, cam kat chiang mai!

header baru ceh wahhhhh

Anonymous said...

Ala..dah terlepas nak jdi no 1..
Cis jugak laaa..
Tapi..nih ke tpt mandi tuh janggel weh? Yg dekat kat kpg halaman?
Jommmmmmm...best aaa..
(Mas, sini ker yg kete tuh park halang kete mas??hehe)
K anash

masMZ KaKiJaLaN said...

@Bdk2,

Nak ciskek!!!!



@Biqque,

Jomsssss...... meh meng'explore' Perak "D

masMZ KaKiJaLaN said...

@Lily,

Titi gantung ni dah ada dari jaman aku budak2 lagi.... seronok bila main goyang2 kat atas tu :)
ececece..... tukar sempena ehemmmmm.... hahahahha


@k.anash,

Yup! Kat sini lerrr tempatnya.....

Azizan Zolkipli said...

sejak mak ayah saya dah tak dok Cameron Highlands, maka saya pun dah lama tak kesitu.

lama dah tak bawa telur ayam untuk direbus di situ huhuhu ...

Ely Hasrul said...

aku dh kalah kaw2 bila time komen nih hishhh.. beshnye kuala woh tuh.. tp mmg cetek aje la ye sungai nye?

masMZ KaKiJaLaN said...

@Azizan Zolkipli,

Ha'ah.... ada juga yang letak bekas-bekas telur dalam air..... Macam tak caya sebab kat setengah tempat atas sejuk, bawah panas!


@Ely,

Ada juga tempat yang dalam (kat kawasan lepas jambatan) kami main kat atas sahaja sebab ada budak-budak..... Yang besar-besar takat nak suka-suka je.... :)

yanie said...

woww bestnya tmpat piknik..
ni yg rs nk g..weee i luv ipoh
hahaaa ;p

masMZ KaKiJaLaN said...

Yanie,

Hahahaa.... meh singgah sini nak bawak pi piknik!!!!!!! ;D