FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, June 21, 2011

HaRi BeLia NeGaRa 2011 : PaMeRaN KeReTa aNTiK

Pin. Pin. Alahai kiutnya bunyi hon dia!! Ops ni bukan hon marah tapi hon minta laluan di belakang tempat kami berdiri masa mengadap pentas konon-kononnya Super Junior (Suju) nak datang petang tu. Bila pusing, wow kereta antik bersusun! Tadi kami tak singgah pun di tempat pameran kereta antik sebab dah tak larat dah nak berjalan. Alhamdulillah rezeki bila kereta-kereta antik yang super duper marvellous ni yang datang menyerah diri! Dapat pula memang di depan mata tanpa perlu berlari ke depan ke kiri ke kanan mahupun ke belakang... Ahai seronoknya!!!!

Dah terlajak kongsi kereta-kereta antik, semasa Hari Belia tu ada juga pameran kereta-kereta sport (racing), kereta kebal, kereta bomba dan kereta sorong (*eh ada ke yang last sekali tu?? hahaha). Best macam-macam ada termasuklah dapat tengok hospital bergerak (tentera punya), fuhhh tak sangka!

Yang lain-lain tak masuk dalam blog ni, basikal warna warni (fancy-fancy gitu) ala-ala-ala basikal racing zaman sekolah dahulu. Amboi dah jadi tren balik erk?! *Tetibe teringat dengan basikal tua kat rumah tuk, nak cat kaler-kaler fancy agak-agak kena marah tak??? Huahauhaua.... Oklah dikongsikan gambar-gambar yang tak seberapa nih.
Psst : Teringat (lagi sekali! hahaha) kereta ford escott ayah dulu. Kejap kaler putih, jap kaler merah, kejap kaler coklat. Ford escott arwah mak nyah pula kaler kuning ayor... Kalau ada lagi sah den leh join pameran kereta antik nih. Kan?! Kan?! Kan!?











Jom balik.... dah suku hari kat Hari Belia ni.... "JT, malam ni nak pergi lagi ke?"

No comments: