FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, September 15, 2010

HaRi 2 : TiMe To PaCkiNG

Wahhhh... adakah aku perlu mula mengemas? Kalau tidak kemas, bagaimana? Ah, tidak mahu aku meninggalkan tempat ini. Dengan berat hati, aku mulakan semula operasi menyisih, menyusun dan menyimpan barang-barang yang kuselerakkan sebelum ini. Jika aku tidak sempat mengemas, sekurang-kurangnya barang-barang di luar sudah berada di dalam kotak dan biar remover yang menyelesaikannya. Barang-barang yang tidak diperlukan juga perlu dikeluarkan dan dihantar ke rumah sampah supaya tidak diangkut bersama ke rumah baru.

Petang, sahabat Belum mengambil aku untuk mencari persiapan untuk kembali ke hutan. Sahabat Belum memang bersemangat untuk persiapan ke gunung awal bulan depan dan pertandingan berlari dalam hutan yang kami akan sertai di hujung bulan hadapan juga. Kemudian berbuka puasa di Dataran Merdeka kerana sahabat-sahabat lain telah membatalkan rancangan untuk berbuka puasa bersama-sama dan kami telah melajakkan kaki berjalan di sekitar kawasan Jalan TAR. Selesai berbuka, terus maju ke Damansara untuk ke butik pakaian sukan untuk persediaan hutan lagi dan beberapa barang lain. Lewat malam, baru makan besar dan sahabat Belum aku makan dengan sesungguh hati. Ah kesian sabahat ku ini, lama benar agaknya aku menahan dia berada di dalam kompleks membeli belah. Eh! Sekejap ya! Rasanya sahabat Belum yang lebih sudu dari kuah! Banyak barang yang diborongnya! Tapi.... Maaf ya, kerana aku terlebih dahulu mengheret kamu ke tempat itu. Esok remover mahu datang. Jika ada barang, aku mahu terus dihantar terus ke rumah baru melalui remover tersebut.

Selera aku malam ini, "Kita pi cari makan western ye! Rasa-rasa macam nak makan lamb chop. Hahaha"

Komen sahabat Belum mengenai berbuka di Dataran Merdeka:
Tak pernah dah i buat kerja-kerja macam ni dah KJ oii! Ni kalau orang lain tahu ni, mati i kena kutuk! Hahaha.. Tapi ok juga ya! Hahaha (gelak-gelak siput)
Respon KJ : Haaaaa.... tu lar ko tak percaya cakap aku....

Perkataan sahabat Belum sebelum berjumpa dengan KJ:
KJ bila nak turun KL? Ah gila! Bila kena kerja di Bangi dan Putrajaya, dah tak boleh blah. Dah tak ada apa-apa. Kalau tak, ada gak motif nak pergi sana. Fuhhhhh.... I pun nak tukar tempat keje larr.... KJ boleh buat, kenapa tidak i cuba!
Respon KJ : Aik? Macam tu sekali ke? Ko bukan memang kena pegi sana? Apapun, KJ setuju supaya pindah sahaja. Ko akan rasa nikmatnya pejabat dekat dengan rumah! Best giler! Go for it my friend.
[dan kini, sahabat Belum memang benar sudah berpindah lokasi ibu pejabat di tengah bandaraya ke cawangan berdekatan tempat tinggalnya. Dengar-dengar sekarang, sudah pandai tidak berkira pulang lambat dari pejabat! Hahaha... bagus! Cemerlang sahabat ku ini. Aku mendoakan yang terbaik buat kamu Belum ;D]

* gambar di Dataran pada sahabat Belum

No comments: