FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, August 24, 2010

aDeH maKiN DiTuNGGU

aDeH maKiN DiTuNGGU kenapa terasa makin perlahan masa berlalu. Minggu lepas sedar tak sedar dah jumpa hujung minggu. Dah sampai hujung minggu sedar-sedar dah jumpa Isnin balik. Macam magik! Kerja pun sampai tak puas sebab rasa macam kejap sangat! Kira-kira ada juga hati nak keje hari Sabtu hari tu. Percaya tak???

Tapi.... dari semalam sampai lar saat ini, cheq pun tak tau larrr... Awat larrr tak abeh-abeh lagi waktu keja. Masa aku cakap dengan Mak Long pasai benda ni masa ari Ahad, Mak Long cakap "Sebab Mas sibuk kot. Tak sedar masa berjalan". Iyer ke??? Kojo ado jo ataih meja den ni haaa... Ado yang masuk ado yang kuar.... Tapi ado jugo yang tak kuar-kuar (adeh!). Wohooooo...... adehhhhh sekali lagi......

Nak nunggu esok pun satu hal... Ada miting yang saja diadakan (cess!) di kampung halaman yang ku cintai... Nampak gayanya perjalanan aku esok mengarah ke kampung dahulu larr. Seusai selesai mesyuarat, boleh terus chaloooo... Minta maap larr Bos... Xsanggup nak tunggu berbuka puasa di pejabat bersama-sama...

Errr.. sok ada yang nak g supper di Kampung Baru.. Saper tu??? Ha3x

Monday, August 23, 2010

SoK NaK BaLiK KoLuMPo

Adeh.... dari malam tadi tak sabar nak pergi kerja.... Dah masuk opis pagi nih, tak sabar pula nak habiskan kerja dan nak kerja untuk esok. Owhhh adakah itu sesuatu yang agak melampau??? Warkhhhh...

Yang pasti esok petang aku nak balik Kolumpo. Balik? Tak kisahlah nak balik ke nak pergi ke sebab memang aku tahu term 'balik' itu dah tak terpakai buat aku dah... He sehhhh sedeyyy plaks!!! Permohonan cuti aku Bos Besar dah tanda tangan ke belum erk??? Minta-minta tak ada masalah... Kusi aku kat sini agak panas juga, ada sahaja hal yang masuk.

Masa hari pertama, aku sah dalam unit apa, pagi itu juga ada kes tumpahan minyak. Kira-kira baru nak selesai kes, masuk pula kes pelupusan haremmmm... Memang haremmmm... Dak-dak kat sini, 'marah-marah' kat aku sebab sebelum ni tak ada kes yang besar macam ni. Ada dan sama tapi tidak cukup besar macam bila aku dah sampai sini. Cesss sungguh kureng!!! Jawab aku, "Ada hikmah tu. Huhu".

Minggu ni rancangnya baru nak angkat barang dari rumah lama ke sini. Rumah kat sini dah ready. Lagipun terasa lama benar aku menumpang di rumah Mak Long. Dia suka sebab berteman, tapi aku seganlah. Jadi perancangannya, esok akan cuti dan bergerak ke Kolumpo. Lusa akan kemas sikit-sikit, lepas tu petang nak sampaikan hajat nak pergi berlari dalam kawasan jajahan sebelum berbuka puasa di ..?.. Ermmmm akan difikirkan. Hari Khamis remover akan datang dan angkat barang terus ke kawasan jajahan baru. Tulat, aku akan kembali ke Kolumpo untuk selesaikan beberapa urusan pejabat. Sabtu dan Ahad, mahu mencari barang... Boleh ke aku dapat 'snapang' nih??? Isnin, akan selesaikan urusan pemulangan rumah... Selasa dah hari MERDEKA!!!! Hehehehe... Nak balik hari apa erk????

Wish list
- nak berbuka dan terawih di Masjid Sultan Mizan (Anash, Zul4iK4 dan kengkawan lain nak ikut sekali? Jom!)
- nak pergi berlari satu round di kawasan jajahan
- nak jumpa dengan dak kechik pengarang jantung
- nak cari 'snapang' (Janggel, sempat tak???)
- operasi potong memotong
- berbuka puasa dengan ermm, dengan aaa, dengan uuu (ramai lar pulak!)
[mana wish aku nak pindah barang nih???? hahahaha]

Kolumpo - Kuala Lumpur
Adeh - aduh....
sedeyyy - sedih
Kusi - kerusi
haremmmm - haram
Dak-dak - budak-budak

Friday, August 20, 2010

declaration of : ...

Aduh... kat mana nak luah rasa... kalau diubah status 'muka buku' alamat .... Ermmmm....

Yang pasti aku harap, bulan puasa ini aku jangan jadi gila. Aku tetap nak menunaikan ibadat puasa dan aku tetap akan bersabar walaupun rasa macam dah tercabut jantung aku sekarang tak boleh nak berfikir... (eh jantung ke otak yang berfikir nih????)... Kalau jantung dah tercabut, otak pun tak boleh nak function... betulkan???? ermmmm... Apapun, aku mohon petunjuk dan dipermudahkan jalan yang telah dikusutkan ini... Arghhhhh... I just wonder... Tak apa larrr... Sekurang-kurangnya saya sudah mengenali kamu.

[declaration of : i hate 5S and robot people]

[sori ye kengkawan, ceritanya separuh jalan je. tak boleh nak cerita lebih-lebih kat sini]

Thursday, August 19, 2010

KuiH-KuiH MaRVeLLouS

Dah bulan puasa ni, seronok pulak kalau nak meletak gambar-gambar makanan erk. Kuih-kuih peberet den, kuih-kuih yang manis. Opah den yang selalu buat dan den memang sukolah pendek kato!!! Rindunya pada arwah Opah... Antara yang den suko, den suko kuih koci, kuih tepung talam, kasui, sampan, lompat tikam, badak berendam, kuih orang tua takde gigi tu apa erk namanya??? deh!, kuih lopez (de suquera), lompang, bahulu kemboja, cara, ... uiii banyak lagi nak disenaraipanjangkan kek sini! Den ingat yang sonang-sonang tu den nak buatlah nanti :D

Untuk entri hari ini, den letak entri ulangan lagi... Ya Ampun ya... Bulan puasa jangan marah-marah :p. Okess kena tukar slang nogori ke Tengganu kita laksss! Hahaha.

Kawe nak kongsi kuih-kuih nak kawe jumpa kat Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Kawe sajikan kuih-kuih yang ada kat gerai ni, buat penawar di kala lapar.... Hahahaha


psst : dah ke pantai barat, teringat lar pulak sata dan otak-otak.... aduhhhhh tulun! Jom Cherating??!!!!

peberet - favourite;
suko - suka; kato - kata; kek - dekat; sonang - senang; slang - bahasa; kawe - saya; tulun - tolong

Wednesday, August 18, 2010

AiR BaNDuNG TaRiK MeNaRa CoNDoNG

Hehehe... jangan marah bulan puasa nih.. Pada kengkawan KaKi JaLaN yang dah tahu, ni memang entri ulangan... Ekekeke... Aritu balik kampung nak cari air bandung tarik ni, tapi tak sempat sebab dah habis. Memang nak kena pergi beli awal kalau nak! Adeh, hancusss harapan ku. Terpaksalah hajat minum air bandung tarik ni ditunda sehingga pulang ke kampung halaman ku yang tercinta lagi. Sebenarnya hari biasa pun ada jugak unkel ni meniaga, takyah tunggu bulan puasa :D

Air Bandung Tarik Menara Condong

- air bandung spesel yang dah aku minum dari jaman budak-budak lagi... Air Bandung Tarik Menara Condong memang best! Nak cerita cam maner erk?? Kira-kira cukup lar sirap, susu, pekat, manis, masin, segar, sejuk, kembang, nyaman.... uishhhh.... nak ceghita pun chek tak tau... Air Bandung Tarik Menara Condong ni kalau di Pasar Ramadhan Teluk Intan, kena pastikan datang seawal mungkin... Kalau jarum jam sudah melajak hampir ke 6 petang, tengok rezekilah ada lagi ke tak.. Ekeke. Kalau tidak di bulan puasa, ke pasar malam setiap Sabtu. Lokasi gerai, betul-betul depan SKOMK.... ermmmm..... Harga satu cawan RM1. Satu plastik RM2.

[kalau teringat nak beli, biasanya jam 5 dah beli air nie :). Nana kata tinggalkan dulu dapur! Hahaha]

Nie banner baru ke? Tak perasan pulak sebelum nie!

Tarik jangan tak tarik.... best!

Dah ada menu lain laks bulan posa nih... Apapun, bandung tetap menjadi pilihan :)

Ermmmm alahai .....

Semalam meluah rasa kepada teman jiwe di pekan kolumpo nuh, adehhhh adeh adehhhhh jauh di mata jauh di hati... Owhhh tak apa ya... Ermmm ada ubi ada basss... Ces ces cesss... kurang asam boi... nak kena nih!!! Ermmm... sabar itu separuh dari iman... Jom minum bandung tarik menara condong! eh puasa! [sape suh dok jauh???? walla lalalala]

Sunday, August 15, 2010

Hai RaMaDHaN...

Pejam celik pejam celik dah sampai genap sebulan aku kat Ipoh. Pejam celik pejam celik dah jumpa Ramadhan.. Hai Ramadhan... Puasa sensorang di perantauan... Ahaksss ngada... Macam lar tak biasa puasa di perantauan erk?!!!! Cuma kali ni tak nampak bayang lagi nak berbuka puasa dengan teman-teman... Heeee.... Hai Tuan DR., tidakkah kita buka sama tahun nih??? Enchek Janggel, jangan lari aaaaaa... Hahahaha...

Oklah.... selamat berpuasa yer kengkawan di KaKi JaLaN....
Sampai jumpa lagi :)

Cerita di pasaraya GXxXT Teluk Intan... (menahan sabar)

1. Troli terlanggar kaki budak Giant yang duduk kat bawah nyusun barang.
BG : Aduh
KJ : Alamak! Minta maaf dik. Tak nampak (memang pun sebab tak sangka la pulak boleh terkena kakinya. Sikit je, troli pun tolak perlahan je)
BG :Lain kali jangan langgar kaki orang! [nada sound orang]
KJ : [Mas sabar Mas... Adeh budak-budak ni, kan ke dah minta maaf. Bukan sengaja dik!]

2. Dah bayar, perasan ada barang yang tak di'scan'
KJ : Adik, akak nak check barang balik nih. Rasanya ada yang tak scan
BG2 : Kak, ada apa-apa akak pegi kaunter hujung sana ya
[Aku pun tak tahu ler naper aku baik sangat. Yang tak di'scan' tu sebenarnya mangga untuk kunci rumah... Macam mana nak mangga kan rumah dengan mangga yang tak berbayar... Sedar masa dalam pasar raya... Udah serupa macam mencuri pula kalau tak bayar... Mangga yang dicuri untuk elak pencuri masuk rumah??? Owhh tak boleh jadi... Tak berkat, nanti senang-senang kena pecah masuk pulak... Kena bayar... Kena bayar...][budak ni bukan ke baik kalau kamu sendiri yang scan, kalau aku bawa ke kaunter lain, bukan kemudian kamu yang kena balik ke??? Tak faham aku!]
KJ : (di kaunter lain) Adik, akak nak check balik barang akak ni. Mangga ni tak scan lar.
BG3 : Kejap yer Kak, kita check satu-satu
[Lalu adik ni pun pegang resit suruh aku tunjuk barang-barang... Ermmm aku pun tak faham konsep... Jadi kalau mangga tu aku tak tunjuk? Maksudnya??? Ikut suka kamu larr dik!]
KJ : Ni dik ada dua ni tak bayar... Jumlah RM100.
BG3 : Akak nak ke barang nih?
KJ : Nak larrr... Akak nak bayar, tapi orang kat kaunter suh pegi sini pulak. Apa ke halnya?
BG3 : Iya kak. Bayar kat kaunter ya
[Budak BG3 ni bawa lar ke kaunter, suh orang kaunter kira aku dulu dan terus pergi]
KJ : [Tak ada ke terima kasih ke? Maaf ke?] Errmmmmm....

Thursday, August 5, 2010

FLoRia 2010, PuTRaJaYa

Floria Putrajaya 2010 sudahpun berlangsung bulan Jun yang lalu. Ini penganjurannya yang ketiga, dan aku bagaikan pengunjung tetap ke festival bunga yang diadakan setiap tahun ini. Iyalah, aku sendiri warga Putrajaya yang jarak rumah dengan tapak festival jika berkayuh basikal dari rumah tak sampai sepuluh minit pun ke tapak festival. Ralit sungguh kalau tak pergi kalau rumah dah dekat sangat.

Tahun pertama aku berkunjung ke festival ini seorang diri, aku datang berkali-kali. Tahun kedua, aku berdua dengan Janggel ambil gambar tak 'hengat' sampai nak ke maghrib. Tahun ni, waktu memang tak mengizinkan untuk aku datang lagi dan lagi. Mencuri masa lantaran ada kawan-kawan yang akan membuat rajuk dan marah jika aku tidak muncul. Kawan-kawan yang aku kenal semasa Jom Outing, berjumpa hanya sekali tetapi berbicara berkali-kali. "Iyalah. Baiklah. Aku datanglah! Hahahaha"

Memandangkan kawan-kawan yang bersama dengan aku kali ni, kawan-kawan yang pegang 'senjata' besar.... Makanya, penumpuan Floria kali ni memang menumpukan kepada edisi mengambil gambar, cuba sana, cuba sini, test itu, test ini dan aku sebagai satu-satunya wakil yang memegang kamera kompak dengan rela hati menjadi model diorang... Haw haw hawww.... Gambar-gambar aku jadi model dan gambar dengan kawan-kawan dalam entri berikutnya :)

Dikongsikan gambar-gambar yang aku ambil masa Floria 2010.





[ketika perjalanan seharusnya menjadi lebih mudah, aku merasakan kesusahan dan kepayahan untuk meneruskannya.... berikanlah aku kekuatan ]

i.M.P.o.S.S.i.B.L.e - SHoNTeLLe

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did
And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did
And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them


Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible


Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know
Thinking all you need is there
Building faith on love is worst
Empty promises will wear
I know (i know)
And know when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them


Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible


Ooh impossible (yeah yeah)

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did

Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy (i was happy)
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did

Tuesday, August 3, 2010

aKTiViTi KaMi Di PaYa iNDaH : PosiNG TaK 'HeNGaT'!

Nak kongsi gambar-gambar 'posing' tak 'hengat' je kali nie...
Banyak gambar-gambar sampai tak tahu nak pilih yang mana! Kat sini antara gambar-gambar yang disukai...



Gambar dengan I sebelum memulakan kayuhan... Cewah
Ini naik bukit ok! Mak aiii tulun!!!

Hah! Den memang 'terror' la bawak beskal... Dulu pergi sekolah memang Den rempit naik beskal larrr.... 'Champion' tau!

Walla gambar ni macam gambar cerita Sembilu.... Tak tahan!!!!!
Ada port lawa, jangan tak 'posing' kengkawan!

Dak sekolah yang ponteng sekolah!
Baju sorok dalam beg! Ngeee... Iyo larr tu ;p

Bagi ikan makan lar pulak! Kaloi oh si ikan kaloi ~ Lalalala

Misi berjaya!!!!!

Kawasan tanpa graviti....
a kick out from W, causing ....

owhhhhhhhh u wanna fight???

Paya Indah Wetlands with J, I, WA, W


~Terima kasih untuk waktu yang menyeronokkan.. Gilo eh masuk kawasan larangan!! Dak-dak nakai suma nih but i like! Ngee
~

beskal - basikal
gilo - gila
dak-dak -budak-budak
nakai - nakal
suma - semua