FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, July 14, 2010

mY HaPPY THouGHTs

Aku ini memang orangnya penuh emosi..... Banyak sangat simpan perasaan. Ada yang perasan??? Buat yang mengenal aku, memang aku ini orang yang paling ringkas, sempoi, penuh tawa gembira hanya untuk kamu semua teman-teman ku disayangi sekalian.... Aku gembira bersama-sama kamu semua.

Kala ini, aku mencuri masa di pejabat. Duduk di kerusi dan bilik ku, milik sah sehingga tamatnya waktu pejabat pada hari ini... Namun harus aku bergerak meninggalkan tempat ini sebentar sahaja lagi... Perlu aku membuat serahan tugas-tugas yang belum selesai untuk diselesaikan oleh insan yang bakal mengambil alih....


Hari-hari yang berlalu selepas penerimaan surat pertukaran, dipenuhi dengan kesibukkan menyiapkan tugas-tugas dan menyelesaikan 'hutang-hutang' a.k.a janji manis aku kepada teman-teman dan juga memenuhi beberapa permintaan yang termampu oleh aku. Aku punya waktu-waktu yang sangat sukses semenjak itu. Terima kasih buat semua......


Aduh, sedih benar mahu meninggalkan tempat ini dan status aku akan secara rasminya sebagai warga Lembah Klang akan berakhir beberapa jam lagi. Maka, akan bertandanglah aku sebagai pelancong luar kawasan selepas ini....


Selepas ini bermulalah perjalanan hidup yang baru bagi aku... Doakan semua yang terbaik untuk aku...

KaKi JaLaN dan JaNGGELTReKKeR punya program!

Outing dengan geng J.O.M.

Jumpa lagi eh!!! Adehhhhhhh...

~ Happy thoughts of me untuk semua ~
~ ChaLLoooo dan JuMPa LaGi ~

4 comments:

Ren said...

hmmmm sedihnya..pasni aku dah takde geng nak mengarut dan melepak....wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Ya Allah tabahkan hatiku.... (tetibe aku plak emosi)

Anonymous said...

Sedih rasanya baca entry ni ishk isk isk, nak nangis rasanya...Bon Voyage my fren


abrashid jmg

Abu Zuhair said...

selamat jalan kaki jalan..

status dan jawatan kaki jalan dah berubah..
setingkat diatas kami disini..
itu kami hormat, tapi jgn pula kekok nnt utk memberikan kami arahan.. kerana kami tetap kawan yg menyokong demi kemajuan kaki jalan..

all da best..

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggelllllllllllllllll, datang aaa cni... (minggu ni aku balik weh! Wong Solo idaman hati jom?!)

Enchek Rashid, tima kasih ari2... Saya memang kalah emosi.

Abu, tq.... Ala kat opis lain cerita aaaaaa... Kat luar korang sifu gue tuuuuuu... (owh bila larrr gue nak dapat senjata nih! tak sabar nak menembak 2gether2 dengan korang balik)