FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, July 29, 2010

BeRJuMPa DeNGaN BaDaK

Misi berjumpa badak berjaya dilaksanakan pada masa tak berapa hari sebelum Den berhijrah ke tempat baru... Trip berjumpa BaDak ni selingan daripada trip berbasikal di Paya Indah Wetlands yang telah dijanji maniskan dengan kawan Den si Janggel...

Lokasi Paya Indah Wetlands ini dengan Putrajaya mengambil masa tak sampai setengah jam. Masuk pekan Dengkil, cari balai polis (ni memang kat simpang tiga), ambil simpang tu dan jalan terus sampai nampak papan tanda Paya Indah Wetlands di sebelah kanan. Dibuka dari jam 9.00 pagi sampai 6.00 petang, masuk percuma. Pada hari kejadian, kami sampai jam 8.30 pagi dah boleh masuk dalam dah. Katanya orang yang datang memancing pun boleh masuk lagi awal!
Aktiviti kat sini yang ada dekat sini, selain memancing (bayar permit), bolehlah berbasikal, berjalan-jalan dan berkelah-kelah kat dalam ni. Sewa basikal bagi 2 jam yang pertama RM3, dan setiap jam yang berikutnya RM2/-. Waktu bagi makan BaDaK-BaDaK yang cumel dan encem ialah pada pukul 10 pagi dan waktu bagi makan buaya pada jam 11 pagi. Boleh bagi BadaK-BaDaK ni makan :) Ermmmm nak letak nama BaDaK-BaDaK ini tapi dah terlupa lar pulak! Satu namanya Juwita, satu namanya Kundra dan satu lagi dah tak ingat dah namanya.

Hari ini, aku kongsi gambar BaDaK-BaDaK ni dulu ya!

"Cepatlar pukul 10. Nak makan buah pula! Boring makan rumput ni!"
"Mana makanan?????"

"Aaaaaaaa..... cepatlah bagi makan!"

"Sibuk larrr perempuan ni nak posing! Aku nak makanan!"

Nota x relevan blog:
tak sabar menanti esok.... gila! buhsan!

2 comments:

xplorer said...

borani ekau berposing sobolah bodak tu . Dio tolan ekau idup idup baru padan muka ekau.

masMZ KaKiJaLaN said...

kepala den pun boleh masuk senang-senang dalam mulut Badak nih! NGeee