FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, April 5, 2010

KeNYiR TRiP : KoNPiuS!!

Kenyir trip kali nie bukan trip seperti trip aku ke Kenyir sebelum ini dan bukan juga bukan seperti trip aku dengan Ombak yang biasa. Luar biasa kali ini sebab aku tak pergi memancing dan aku bukan lagi support crew, heeeee... Bila dah masa nak buat kerja gila, maka kita pun buat lar kerja gila!

Kenyir trip, perjalanan 1k+ km dari malam Sabtu hingga ke subuh alam Selasa agak memenatkan tetapi menyeronokkan. Seronok? Heee... Boleh larr... Enjoy. Kengkawan pun semua enjoy. Trip yang serius selepas training bersungguh-sungguh, selepas kena psiko dengan kengkawan dan selepas dimomokkan dengan Kenyir sebagai 'the toughest triathlon in Malaysia' (memang pun! sangat3x! keluar dah Bukit Haram Jadah, Bukit Koman Kamin, Bukit Hantu, Bukit Gila), akhirnya menjadi sebaliknya. Konpius : INI TRIP ATLET KE (waduh perasan nak mampus!), @ NI TRIP JENJALAN DAN MAIN-MAIN? Semua orang jadi banyak main, event nak mula pun sempat main-main lagi... Nasib baik semua habis dan bukan yang terakhir... Betul-betul serius masa hon dah bunyi dan masa semua sampai garis penamat (itu sahaja 2-4 jam yang serius), bila semua dah sampai dah mula main-main balik semula (menggelakkan diri sendiri, puji-puji, kutuk-kutuk etc). Ringkasnya aku rasa ni trip jenjalan tetapi tetiba jumpa event ni, lepas tu suka-suka je masuk, lepas tu jenjalan balik semula... Ermmm yer ke??? Sepatutnya bukan sebaliknya ke? Haiya, ini budak <- aku lar tuh!


Semua dah sampai, akan gerak dengan 4 buah kereta dengan jumlah keahlian seramai 14 orang (termasuk seorang kanak-kanak) dan 7 buah basikal (termasuk 2 buah mountain bike)

Singgah sarapan di Kuala Berang kat gerai tepi jalan

Ni rupa nasi dagang yang belum dibuka.. kalau buka bungkus pisang ni, kang ada laks yang terliur nih.... Tapi kat gerai kami sarapan ni memang sedap! M makan sampai 3 bungkus.

Dah sampai Kenyir Lake Resort, antara yang terawal sampai rasanya

Carbo-loading selepas perasmian. Makan gila-gila macam dah tak ada hari esok dah untuk semua orang!

Sebelum race, masa ni orang lain dah mula ambil posisi nak dok depan... Kami memang target masuk lambat... akakaka (terutamanya aku larrr)

Sempat lagi nyanyi-nyanyi lagu apa yer? :)

Selepas race, A entah macam mana rezeki terpijak dapat no 1 dalam Terengganu Close

Minum petang makan bihun sup kat tepi tasik, santai-santai

Seafood dinner kat tepi sungai Kuala Berang.. Takde pilihan melainkan ikan je, udang dan sotong yang biasa-biasa.. Makan sampai kenyang untuk ganti balik lemak yang hilang (eh lemak ke tenaga? akuikui)

Memborong kuih-kuih kat kedai kakak yang kat belakang aku tu (ishkk banyak betul kuih kat kedai akak ni dan sedap-sedap laks tu! nanti wat spesel entri untuk kedai akak nih)

Berjalan sampai ke Kuala Terengganu, singgah kat Masjid Kristal

Jangan lupa singgah beli keropok lekor... Uiii sedap!

Lagi sesi untuk makan-makan... CC belanja kek lar pulak! Aku pun perasanlah konon triathlete, tapi aku bukan yer...

Kenyang-kenyang tu ada hati diorang ni nak melompat!

Wanita-wanitanya.... CK dah balik terus lepas race

Partner aku A dan E serta seorang penyokong fanatik (yang kat belakang tu!)

[Nanti aku curi masa lagi, tulis pasal makan pula ye! Aduh sotong yang manis! Ekekeke]

No comments: