FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, March 11, 2010

SRi MeRsiNG Di IsTaNa BuDaYa

Dah lama juga tak tengok teater... Bulan lepas, dengan cita-cita besar nak pergi tengok tup-tup sudah salah tarikh!!! Padanlarrr tempat acara lengang! Bingung aku!
Ok, ada satu pementasan kat Istana Budaya minggu ni sampai minggu depan 12 - 21 Mac 2010, tajuknya Sri Mersing... Ermmmm... pernah dengar lagu Sri Mersing??? Ada tak agak2 lagu ni nanti???
Sinopsis citer ni (yang Den amek kat sesawang Istana Budaya) :
Merah, anak Damak, singgah di Mersing dalam perjalanan pulang ke Pahang, dari menuntut ilmu di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Beliau cuba untuk mencari jawapan mengapa ayahnya sangat melarang beliau pergi ke Mersing. Beliau hanya tahu bapanya pernah mempunyai hubungan dengan gadis yang bernama Sri Mersing. Hajatnya di sambut baik oleh Sri Mersing dan anaknya Sri Melati. Namun, tidak pada sebahagian orang kampung terutamanya yang menyebelahi Bentayan, anak Penghulu Mersing.

Sri Mersing menceritakan kembali mengenai ayah Merah, Damak yang merantau ke Mersing bersama ibu dan adiknya, Deli. Damak merupakan seorang yang jujur dan ikhlas. Apabila Damak menyelamatkan Sri Mersing dari diculik, dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung. Sungguhpun kalah, Awang membuat fitnah yang memaksa Damak keluar dari kampung tersebut. Ayah Sri Mersing, Pak Malau mendapat tahu bahawa Awanglah sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik kehilangan Sri. Walaupun Pak Malau cuba memujuk Damak dan keluarganya, namun Damak tetap membawa diri dari kampung tersebut.

Merah juga menerima nasib yang sama seperti ayahnya turut difitnah. Kedatangan Merah ke Sri Mersing sangat tidak disenangi oleh orang yang berkepentingan di situ tetapi amat disambut baik oleh kampung yang mengharapkan perubahan berlaku di Mersing apatah lagi Merah juga mempunyai pengetahuan agama yang baik. Namun, Merah juga mengambil keputusan untuk pulang ke Pahang dan mencurahkan bakti pada anak negerinya sendiri.
Plot cerita kedatangan Merah dan cerita asal Sri Mersing akan bergerak seakan selari namun di pengakhirannya tetap sama di mana kedua-dua mereka, Damak dan Merah akan pulang semula ke Pahang. Sesungguhnya naskhah Sri Mersing ini akan mengimbau suasana kehidupan Melayu suatu ketika dahulu dan juga filem klasik Sri Mersing itu sendiri.
Pelakon/ Artis termasuklah Adi Putra (Damak), Elly Mazlein (Sri Mersing), A.Galak (Pak Malau), Yus Raja Lawak (Awang Sulong), Hairi Anak Wayang (Merah), Rusdi Ramli, Melisa Saila, Jep dan Shuib (kump. Sepah), Dato' Mustapha Maarof, Datin Hjh Rosnani Jamil, Azizah Mahzan etc.
Teater ini diarahkan oleh Rosden Suboh dan skrip disediakan oleh Hairul Anuar Harun.

Harga tiket RM20, RM30, RM50, RM80, RM120 & RM150
Maklumat lanjut : Pasal teater Ni ; NaK beli tiket


[sompek ke Den nak poei nengok pementasan ni?!! Den nak poei...]

4 comments:

Ren said...

Huh jangan salah tarikh sudehhhhhhhhhh....

Ophe said...

mungkin menonton pada malam kelima... :)

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel, ya dah tanda... dah tanda... Yer larrr frust betul!!!
Koishie, dalam pertimbangan lagi... Ekekeke, kebarangkalian malam Isnin atau Selasa ;)

masMZ KaKiJaLaN said...

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat, Dagang hamba musafir lalu.

ermmm : buat teman, alahai jangan lar marah sebab tak menjawab soalan... Bos sudah masuk bilik larrr.... he