FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, March 18, 2010

RuNSiNG

Barangkali betul juga kata dR, kamu ini bukan atlet. Ya, sungguh! Aku bukan atlet. Malah aku rasa bukan separa atlet pun!! Begitu mudah menyerah kepada ketakutan dan kata-kata pembunuh jiwa. Mudah menundukkan muka kepada manusia-manusia yang meninggalkan aku di belakang. Owhhh.... Rapuh sungguh!

Kata mereka,
Jika aku berlari, bukan bersungguh-sungguh.
Orang sudah jauh di hadapan, aku masih bersantai dan berlari anak.
Kata mereka,
Jika aku berenang, juga tidak bersungguh-sungguh.

Orang sudah jauh di hadapan, aku masih bermain air.
Iyakah begitu?

Bila aku baru berjuang, orang sudah tiba di garis penamat.
Bila aku tiba, orang sudah sibuk menayang medal.
Ah, apa aku peduli?!
Aku bukan pejuang pentas.
Aku berjuang untuk diri sendiri.
Ini perjuangan aku!! Untuk aku dan bukan kamu.

[enjin mesin rumputku masih lagi mampu bergerak]
[Am, W, M, Zk, E, An, J, C, Zl - chaiyok! chaiyok!]
[M, jika kamu tinggalkan aku..... ermmmmmm.....]
[perjuangan akan ku teruskan, ketakutan ini akan kulenyapkan]

3 comments:

masMZ KaKiJaLaN said...

wahai masa

coconutgrinder said...

pergghhh...
lain mcm ja nii...
ini power semcm jaa ni nanti...
takut denn...

Anonymous said...

gilalah! Mana ado! Den pakai std mesin rumput jo. Ekaurang sumo pakai enjin turbo. Tu yg Den lomah sgt tu, asyik kono tinggal jo. Mano lar Den nk kejo engkaurang. Mati Den tercungap-cungap. Tlg lar Den ni haa.