FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, March 16, 2010

RevieW : TeaTeR SRi MeRsiNG

Yes! Yes! Yes! akhirnya bila dapat tiket untuk menonton Teater Sri Mersing.

Lagi sekali Yes! Yes! Yes!, bila teman setia bersetuju untuk meneman. Terima kasih ;)

Menonton pementasan Sri Mersing malam tadi, macam tengok filem. Memang macam tengok filem doulu-doulu. Aku suka sangat. Pelakon-pelakonnya memang mantap dan disokong dengan skrip yang sudah mantap. Macam mana boleh jadi mantap? Pasti hasil kerja semua tenaga produksi - pengarah, penulis skrip dan semua-semua yang menjayakan pementasan ini. Tabik spring larrr buat semua orang!

Menonton Adiputra sebagai Damak, Elly Mazlein (Sri Mersing), Abd Mutaliff(Deli), A.Galak (Pak Malau), Yus RajaLawak (Awang Sulong), Jeff Sepah (Jalak Lenteng), Shuib Sepah (Tambak), Melissa Saila (Siantan), Bohari Ibrahim(Tok Batin), Othman Jupri(Penghulu Lanchang Kuning), Azizah Mahzan(Mak Dara) dan semua-semua yang berlakon dalam pementasan Sri Mersing memang best! Aku suka Dato' Mustapha Maarof sebagai Pak Sireh. Aku suka Datin Hajjah Rosnani Jamil sebagai Sri Mersing. Aku suka Abu Bakar Juah sebagai penghulu. Rusdi Ramli, Leez Rosli..... cayalah!!

Buat kengkawan yang belum pergi menonton, percayalah cakap Den ni haahhh... Berbaloi betul kalau bayar tiket mahal pun. Den suko.. Tak tahu lar kalau Den cakap ni sebab Den suko nengok teater, tapi Den ghaso Den buleh lagi beza cerita sedap ke tidak. Dan Den cakap pementasan ni best. Pada Den lain lar dari cerita Den tengok bila flash cerita-cerita lama. Memang macam tengok wayang. Eh, sukalah! [banding dengan Mahsuri tahun lepas - memang terrrrsangatlahhhhhhh jauhnya. Sebab tu takde review]

Set pentas, memang sempoi. Tak banyak pun... Rumah Sri Mersing, rumah penghulu, rumah Damak, pekan - warung, muara sungai. Dipusing-pusingkan angle rumah, ah simple yang kreatif. Suka juga aku melihat Sri Mersing menyelinap keluar dari bilik ke bawah rumah... Ah, yang paling cantik, rasanya masa permulaan cerita sampan masuk... (tak mau cerita, korang kena tengok!).

Sri Mersing - apa yang menarik? Penuh dengan bahasa indah. Pantun "dagang Pak Malau..." siapa yang tak tahu? "Hujan emas di negeri orang...", "Ikan di laut asam di darat ...", apa lagi? Ermmm "Keras hati kau, tak dapat dilentur dengan lidah", ah bahasa dulu memang penuh dengan kiasan...


Lain-lain yang menarik :
  1. Orang asli keliling api - muzik, kareografi, lampu (best!)
  2. Dua cerita dalam satu scene tapi fokus pada satu bahagian sahaja - contoh 1) masa orang sibuk-sibuk bergumbira kat rumah Sri Mersing sebab Sri Mersing nak dikahwinkan, fokus pada Sri Mersing berdialog dengan Siti Payung; 2) Pak Malau marah Sri Mersing masa jumpa kat tempat Damak..
  3. Dondang sayang (tapi part ni Den mushkil kena ada lampu spotlight fokus kat pemain biola tu??? Relevannya dengan jalan cerita ni? Untuk aku? Zero! Tak relevan sekalipun si pemain biola adalah somebody!)
  4. Oiii tetiba ada balak tumbang lar pulak!
Sikit-sikit kena kasi touch up
  1. Kekadang sound ada lari
  2. Ada sorang angkat karung tu, eksen larr karung tu berat sket!
  3. Lampu yang fokus pada pemain biola. Kenapa?
  4. Kekadang terlebih jerit larrrr
Sinopis Sri Mersing, klik sini
[Di satu sudut lain, teman ku mengatakan Sri Mersing menggambarkan sifat orang Melayu. Ya, aku juga nampak Melayu.. Owh bangsaku]
[R, terima kasih sudi meluang waktu :D]

3 comments:

Ophe said...

masmz, aku menonton sri mersing pada hari isnin (15hb) lalu. Bila yaa,, kamu menonton? Ini kerana ketika aku berada di cafe IB sebelum persembahan, kelihatan ada seseorang seperti kamu. Atau pelanduk 2 serupa barangkali... :)

masMZ KaKiJaLaN said...

Koishie...
Barangkali yang kelihatan itu memang saya!!!!!! Ahhhh sah juga!
Iya, ada menyinggah dan duduk di cafe malam Isnin yang lalu.
Dekatnya kita. Sayang tidak saling mengenali. Sayangnyaaaa

Ophe said...

:) hehehe... kebetulan membaca blog kamu pada siangnya, justeru terpandang kamu pada malamnya ketika ingatan masih ada.. pelanduk tidak serupa yaa... :p