FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, March 26, 2010

LoVe Me TeNDeR

~ NoRaH JoNeS ~

Love me tender, love me sweet
Never let me go
You have made my life complete
And I love you so
Love me tender, love me true
All my dreams fulfill
For, my darling I love you
And I always will.
Love me tender, love me dear
Tell me you are mine
I'll be yours through all the years
'Till the end of time
Love me tender, love me true
All my dreams fulfill
For, my darling I love you
And I always will
Love me tender, love me true
All my dreams fulfill
For, my darling I love you
And I always will
Always will


[my oldtime favourite song (oldtime??? aku memang suka lagu nih!)]
[juga mendengar versi Elvis! Ngeh ngeh]


Thursday, March 25, 2010

TiGeR BLoGFesT 2010 – Preliminary Instructions

Period : 19 – 23 April 2010 [Why ? Because 22 April is Earth Day]

What to do

Post at least one piece in your blog about the need to protect the tiger. You can plan and prepare ahead of time. Your first posting must be made on 19th April, preferably before 9.00 a.m.
You are encouraged to post additional articles during that week. But you can just stick to one post if you cannot spare the time. It would however be nice if everyone can post two pieces, one on the 19th April and the other towards end of that week.


What to write
Post anything that you are comfortable with as long as it carries a message about the need to protect our tigers. You can choose to write a story about the tiger, post a technical paper, compose a song or a poem, draw cartoons, etc. etc. Preferably in English or Bahasa Malaysia.


Comradeship

All participating blogs should carry (1) the Tiger Blogfest 2010 logo; and (2) a common message about protecting the tiger. Both these items will be provided to all participating bloggers.


List of participating blogs

The list of participating blogs will be displayed at several tiger and nature-related websites. We are targeting 100 blogs for this inaugural Tiger Blogfest. [we already have unofficial confirmations from 22 blogs]


Other activities

Still being considered :
Link to a petition, urging the Government to expedite the implementation of the National Tiger Action Plan
A talk on tiger conservation – all participating bloggers will be invited
Note : The final instructions will be emailed to all particpating blogs (i.e. those who register)


Interested ?

If you are interested in doing your bit to help protect our tiger and participate in this blogfest, please contact Planet of the Monyets at
gbm.ere@gmail.com to register your blog. [and if you want help beyond just writing about the tiger, do let me know too... tiger conservation could do with plenty of help]

Kengkawan di KaKi JaLaN, jom join TiGeR BLoG FeST 2010!
Lagi sekali KaKi JaLaN nak mengaum....

~ AuMmMMMMMMMmmmMMMM ~

TiGeR BLoG FeST 2010 : KaKi JaLaN

Aku tahu pasal Tiger Blog Fest 2010 dalam salah satu blog yang selalu aku singgah. Tuan empunya blog Planet of the Monyets iaitu Dr. Bala orang yang tak asing dengan aku. Hehehe... Dunia ni kecil je... Ermmm nak masuk ke tak, tapi nak buat entri apa???

Cerita sikit mengenai Tiger Blog Fest 2010, dianjurkan sebagai laman komunikasi blogger untuk menyumbang sesuatu untuk menyampaikan kepentingan bagi melindungi harimau sebagai warisan kebangsaan (national heritage). Apa yang perlu dibuat adalah tulis, tulis dan tulis. Bercerita, berpuisi, sediakan kertas teknikal, kartun atau apa sahaja dalam blog asalkan mesej untuk melindungi harimau ini dapat disampaikan (convey the message of the need to protect our tigers).

Untuk memeriahkan Tiger Blog Fest ini, bagi beberapa entri sepanjang blog ini berlangsung..... jangan terkejut sebab aku akan AuMMMMmMMMMMMMMMMMMMMMMM.... KaKi JaLaN nak jadi harimau... hahahaha.....


[maklumat lanjut mengenai Tiger Blog Fest 2010 dalam entri yang berikutnya :)]

CauGHT BY PaPaRaZi

Geram tak dapat ber'mesra-mesra' dengan blog KaKi JaLaN nie... Iskkk... Den nak kongsi pasal satu blog fiest tapi tengok sompek ke tak petang sat lagi... Kalau sangkut jugak, alamatnya minggu depan larr baru Den sambung berblogging....

Hidupku teramatlah huru hara sekarang.... Anyway, Den nak letak gambar Den dan kengkawan Den yang telah dipaparazikan oleh seorang teman yang kami tak jumpa pun di hari kejadian... Cessss but thank you to RD...... I LIKE.... akakakaka.

[ishkkk tetiber Den jadik perasan di main perasaan!]

Tuesday, March 23, 2010

ORKiD uNGU : CaTaTaN DaRi JuRNaL LaMa

Terkejutnya aku melihat orkid ungu yang tersusun cantik di atas pusara Opah. Dalam banyak-banyak bunga, dalam banyak-banyak warna… Mengapa orkid? Mengapa ungu? Termenung aku. Masa bagaikan terhenti. Cantik amat bunganya. Cantik buat Opah.

Bercerita tentang orkid, memang arwah amat sukakan orkid. Aku terkilan kerana orkid yang telah ku belikan tidak sempat di’manja’kan oleh arwah. Pada masa itu, arwah baru dimasukkan ke hospital. "Opah, Mas ada belikan Opah bunga orkid. Cantik! Mesti Opah suka", aku memberitahu. Dia hanya senyum.

Ungu? Sejak akhir-akhir ini entah bagaimana warna ungu memang menjadi warna kegemaranku. Kain yang ku beli, baju yang sudah ku hantar untuk ditempah, malah baju arwah Opah yang aku ambil pun kebetulannya semua berwarna ungu. Berkenan betul aku. Pada aku, warna ungu itu sejuk, lembut dan mengkhayalkan.
Betul kata S, ungu berada di pusat warna yang sangat menenangkan. Aku tidak pernah mengambil peduli warna ungu ini dahulu. Manakan tidak, ungu bagi ku kelam, kusut, bagai direndam air toksik dari kilang pun ada!! Pendek kata, warna ungu itu jauh dari pilihan mata ku. Tidak terbayang pada ku ungu seri pagi yang berseri-seri, ungu tulip yang menawan, ungu lembut di tujuh warna pelangi. Bukankah mendamaikan dan menenangkan?!

Orkid ungu mendekatkan aku dengan arwah Opah.
Akhirnya, aku boleh tersenyum. God, i miss her so much tapi orkid ungu ini sungguh mendekatkan aku dengannya. I’m going through this. Al-Fatihah for arwah Opah. Semoga arwahnya dicucuri rahmat.

[catatan dari blog lama 16 Oktober 2007]
[orkid ungu, diletak oleh Cu yang lebih awal datang menziarah]
[Opah : 290428 - 230307]

Monday, March 22, 2010

HoT aiR BaLLooNs 2010 : STORieS n PiCTuREs

Jalan raya di Putrajaya, wallaweiiiii sosak! Sesiapa yang nak ke pasar malam pada hari Jumaat lepas memang lupakan sahaja melainkan kalau memang dah ada kat tapak pesta! Ramainya manusia gara-gara Pesta Belon Panas!
Den dapat pergi ke Pesta Belon Panas ni pada petang hari kedua. Teringin nak masuk ke dalam kawasan penerbangan belon yang sememangnya dibuka kepada photographer (dengan kupon). Wallaweiiii (buat kali keduanya!), ter'hina' diri Den ni bila makcik guard kata dengan 'kamera' saja. Den jawab, "Den ado kamera". Balas makcik guard tu, "Kamera BESAR je ye...". Waduh! Seb baik juga dengan pengalaman penyamaran yang pernah dibuat dibeberapa 'event' sebelum nie, Den berjaya juga masuk! YeaY!!!!!
Pagi hari ketiga, Den terus amek port kat tempat lain. Port dah cun, tapi lupa pulak nak cas bateri camera.. Sempat cas lepas subuh sebab malam sebelumnya terlupa! Ermmm sabar jer lar... Gambar jadik tak berapa nak cun (ermmm). Dah habis ambil gambar, kawan Den L telefon. Rupanya L, K dan S ada di Putrajaya. Makan sarapan together-together...
L : Ambil gambar dari mana? You tak boleh masukkan?
KL : Hari ni memang tak ada cita-cita nak amek gambar dekat. Den kat tepi tasik.
L : Hari nie, siapa bawak camera kompak dari kawasan tu guard suruh keluar! Kau tahu tak?!
KJ : Ermmmm tak kisah
K : Not nice larr saying sape ada kamera besar je yang boleh ambil gambar
Hari terakhir merangkap hari keempat, Den tanyo dengan Omak Den.
Den tanyo, "Ibu, Ibu nak pergi tengok belon ke? Jomlah nak bawa."
Omak Den jawab, "Malaih! Ramai orang. Tengok kat rumah je."
Den tanyo laei, "Nampak ke?"
Omak Den jawab, "Kalau nampak"
Magik betul, sebab sepanjang pesta ni berlangsung memang kawasan Den tu tak termasuk dalam laluan penerbangan tahun ni waiima tahun lepas pun! Tiba-tiba je pagi tu bila Den pandang luar, Eh! Macammana belon-belon ni boleh terbang menghala ke sini??? Ai magik!
Kat bawah ni, Den kongsikan antara gambar-gambar yang sempat diambil :)
Nak masuk dan guling-guling dalam ni? Den tak mau.... Ishkkk, oklar teringin jugak! Hahahah
Bestnya, kalau Den yang naik belon nih!

Pandangan dari bawah

Berangan-angan lagi

Ni tengah nak kembangkan belon

Yang oren ni tahun lepas dah ada. Panaih betul hari, bestnya kalau dapat air fresh orange.. Slurp. slurp.

Sambung lagi angan-angan

Sampai bila nak habis angan-angan nak naik belon panas nih?

Wowweeee

Awat muka belon ni tak senyum??

Dari satu angle yang lain laksss... yezza

Flying.... Den nengok je dari bawah....

Belon baru dalam pesta! Eh, ada orang halimunan nih!
Paraglider....
Aikkkk jangan landing atas bumbung tu!
Persembahan 'Glow In The Dark'. Cantik!
Macammana laks leh landing kat sini???
Wahhhhh, untunglah puan Ibu!!

Hahaaaa.... KaKi JaLaN melaporkan....
psst psst : Leh tak Den nak lotupkan belon-belon nih???

[Nota 1 : Semua orang pakai kamera besar, kecuali Den. Ermmmmm]
[Nota 2 : Petang hari ketiga sampai ke malam duduk di tapak pesta lagi! Eh syiok jugak berposing... Nunggu gambar posing dari D, hehehe]

Friday, March 19, 2010

MaKaN-MaKaN @ SeoUL GaRDeN

Baru-baru nie pergi makan dengan kawan-kawan Ombak, ala-ala gathering yang tak seberapa kerat. Ni geng Ombak yang dah masuk kategori 'senior citizen' but still young in heart (huu). Ala-ala, geng-geng yang dah tak boleh cari makan gara-gara muka-muka baru dan muda-muda yang sudah begitu ramai. Ada dua tiga orang lagi geng yang seangkatan tapi tak dapat datang.
Tempat makan-makan kali ini di Seoul Garden atau nama dulunya Seoul Burgogi. Terletak di Plaza Pantai, tepi Lebuhraya Persekutuan atau kalau nak senang cerita dekat LRT Putra - Kerinchi. Makanan kat Seoul Garden ni sesuai larr dengan tekak Den ni... Den suka!! Suka sangat! Kat sini makan buffet. Pilihan makanan grill, steamboat etc. Pilihan makanan memang banyak!
Untuk grill - Udang, pelbagai jenis ikan (patin black pepper, patin ...., teriyaki fish, keli curry, keli ..., keli ...., chicken tomyam, sechuan chicken, daging - teriyaki beef, black pepper, spicy burgogi etc). My favourite? Den suka betul dengan semua pilihan daging diyer, semua sedap2 dan tambahan, tentulah Den amek udang... Satu kepuasan makan daging grill kat sini... Marvellous!

Untuk steamboat - segala jenis tauhu-fishball dan yang seangkatan dengannya, sayur-sayur, ayam, udang, ketam, sotong, lala, lalalala (Den tak tau nama dan tak makan - Den gheti makan kerang je, yang lain Den tak tahu nak makan macam mana termasuklah lala, siput sedut etc... Haha). Pilihan kuah sama ada sup ayam atau kuah tomyam... Pilihan hati? Mestilah kuah tomyam!
Lain-lain makanan yang ada kat sini termasuklah aiskrim (pelbagai perisa), salad, rojak, agar-agar pelbagai rasa, ais kacang, cendol, buah-buahan. Ishkkk memang berbaloi..... Pekerja mesra pelanggan dan memang puas hati sangat-sangat. Servis baik punya! Tak caya cuba try pi tengok! Oit! Pi sana larr rasa....

Waktu buka
Isnin - Jumaat : 12pm - 2.30pm (lunch) ; 6.30pm -10.30pm (dinner)
Sabtu - Ahad : 12pm - 3.00 pm (lunch) ; 6.30 pm -10.30pm (dinner)
Harga?
Dewasa - RM25.88 (lunch), RM35.88 (dinner)
Kanak-kanak bawah 12 tahun - RM16.00 (lunch), RM20.00 (dinner)
Senior citizen - 25% diskaun
Student meal - RM21.88 (Isnin - Jumaat 12.00pm -2.30pm)
Reservation : 03-22831888, 012-6097385
Faks: 03-80607105

Sah-sah memang kitaorang sampai dulu. J larr yang paling awal!

Udang, ketam, sotong, lalalala

Pelbagai jenis pilihan ikan yang diperap

Antara pilihan daging untuk dicuba

Pelbagai jenis sayur, kat tepi tu ada jugak bihun, telur
Salad idaman hati - tapi yang nie standard lar :)

Ramuan bancuh sendiri sesuka rasa - cendol dan ais kacang

Rojak - tak mampu nak cuba dek kekenyangan!

Oklar, ni semua pun Den tak cuba! Ada betik jeruk, tauhu, lobak
Panjang tak panjang pilihan sebelum bersambung ke meja-meja lain

Menenung tempat bakar dan steam... copeklar panaih!
Yeahhhhhh!!!

M, C dan mak buyung J

M, M dan C serta pinggan-pinggan yang dah licin!

Sampai kedai dah tutup larrr... Bagus diorang ni sebab masa buffet dah habis pun tanya lagi nak tambah apa-apa lagi tak (ni selepas stgh jam berlalu)... Lagi satu, masa buffet dah habis, diorang boleh lagi tambah bahan-bahan untuk ABC, cendol. Kami antara dua meja yang terakhir keluar setelah waktu operasi tamat satu jam! Hehe nasib baik sedar diri, tapi diorang ok je. Cayalah! I like! ;) *lampu tak padam erk! Ni pakai flash lar pulak! He

[best. best. best. thanks to M, thanks to C, thanks to J (amboiii pueh Alya makan dalam perut tu!)]

Thursday, March 18, 2010

RuNSiNG

Barangkali betul juga kata dR, kamu ini bukan atlet. Ya, sungguh! Aku bukan atlet. Malah aku rasa bukan separa atlet pun!! Begitu mudah menyerah kepada ketakutan dan kata-kata pembunuh jiwa. Mudah menundukkan muka kepada manusia-manusia yang meninggalkan aku di belakang. Owhhh.... Rapuh sungguh!

Kata mereka,
Jika aku berlari, bukan bersungguh-sungguh.
Orang sudah jauh di hadapan, aku masih bersantai dan berlari anak.
Kata mereka,
Jika aku berenang, juga tidak bersungguh-sungguh.

Orang sudah jauh di hadapan, aku masih bermain air.
Iyakah begitu?

Bila aku baru berjuang, orang sudah tiba di garis penamat.
Bila aku tiba, orang sudah sibuk menayang medal.
Ah, apa aku peduli?!
Aku bukan pejuang pentas.
Aku berjuang untuk diri sendiri.
Ini perjuangan aku!! Untuk aku dan bukan kamu.

[enjin mesin rumputku masih lagi mampu bergerak]
[Am, W, M, Zk, E, An, J, C, Zl - chaiyok! chaiyok!]
[M, jika kamu tinggalkan aku..... ermmmmmm.....]
[perjuangan akan ku teruskan, ketakutan ini akan kulenyapkan]

Wednesday, March 17, 2010

Su, KiTaKaN SeKaMPuNG?! He



Ni entry saja gatal2. Dah lari tema KaKi JaLaN. Tapi KaKi JaLaN nie manusia. Perempuan pulak tu. Dek sebab itu, teringin lar jugak nak dapat hadiah. Dapat offer hadiah kaler purple laks tu... Ishkkkk kalau bukan favourite kaler, takkan lar Den leh pakai nama OKiD uNGu a.k.a OKiD PuRPLe??? PuRPLe dengan aku, dekatkan aku dengan Opah. Purple pun favourite kaler budak Kecik (Jgn cakap apa2! Isk rindu laksss).

Su, ko kan dah kawan lama ngan aku... Husband ko dekat ngan kampung aku... Kira, kita sekampung larr senang cerita. Pilihlarr aku... Pilihlarr aku... Huhu...

[xplorer, minggu depan siap $$$ sebab nak pakai nama blog kat baju ;p]

Tuesday, March 16, 2010

29th KL iNTeRNaTioNaL BooK FaiR 2010



Arini entri wat pasal iklan lagi.... Ni salah satu acara tahunan yang memang ditunggu-tunggu... Paling best sebab rambang mata nengok banyak sangat buku-buku kat sini dan harga best-best... Buku baru. Buku lama... Yeahhh semua Den akan bedek! Yang paling tak best sebab tiap-tiap kali pergi, pasti mendatangkan ke'bankrup'an atau dalam bahasa lain kekeringan dalam akaun... He.... Jom!!!

Sedikit maklumat pasal Pesta Buku Kuala Lumpur nih:
Tarikh : 19-28 Mac 2010
Tempat : PWTC
Masa : 10 pagi - 7 malam

Maklumat lanjut :
http://www.klbookfair.com/

RevieW : TeaTeR SRi MeRsiNG

Yes! Yes! Yes! akhirnya bila dapat tiket untuk menonton Teater Sri Mersing.

Lagi sekali Yes! Yes! Yes!, bila teman setia bersetuju untuk meneman. Terima kasih ;)

Menonton pementasan Sri Mersing malam tadi, macam tengok filem. Memang macam tengok filem doulu-doulu. Aku suka sangat. Pelakon-pelakonnya memang mantap dan disokong dengan skrip yang sudah mantap. Macam mana boleh jadi mantap? Pasti hasil kerja semua tenaga produksi - pengarah, penulis skrip dan semua-semua yang menjayakan pementasan ini. Tabik spring larrr buat semua orang!

Menonton Adiputra sebagai Damak, Elly Mazlein (Sri Mersing), Abd Mutaliff(Deli), A.Galak (Pak Malau), Yus RajaLawak (Awang Sulong), Jeff Sepah (Jalak Lenteng), Shuib Sepah (Tambak), Melissa Saila (Siantan), Bohari Ibrahim(Tok Batin), Othman Jupri(Penghulu Lanchang Kuning), Azizah Mahzan(Mak Dara) dan semua-semua yang berlakon dalam pementasan Sri Mersing memang best! Aku suka Dato' Mustapha Maarof sebagai Pak Sireh. Aku suka Datin Hajjah Rosnani Jamil sebagai Sri Mersing. Aku suka Abu Bakar Juah sebagai penghulu. Rusdi Ramli, Leez Rosli..... cayalah!!

Buat kengkawan yang belum pergi menonton, percayalah cakap Den ni haahhh... Berbaloi betul kalau bayar tiket mahal pun. Den suko.. Tak tahu lar kalau Den cakap ni sebab Den suko nengok teater, tapi Den ghaso Den buleh lagi beza cerita sedap ke tidak. Dan Den cakap pementasan ni best. Pada Den lain lar dari cerita Den tengok bila flash cerita-cerita lama. Memang macam tengok wayang. Eh, sukalah! [banding dengan Mahsuri tahun lepas - memang terrrrsangatlahhhhhhh jauhnya. Sebab tu takde review]

Set pentas, memang sempoi. Tak banyak pun... Rumah Sri Mersing, rumah penghulu, rumah Damak, pekan - warung, muara sungai. Dipusing-pusingkan angle rumah, ah simple yang kreatif. Suka juga aku melihat Sri Mersing menyelinap keluar dari bilik ke bawah rumah... Ah, yang paling cantik, rasanya masa permulaan cerita sampan masuk... (tak mau cerita, korang kena tengok!).

Sri Mersing - apa yang menarik? Penuh dengan bahasa indah. Pantun "dagang Pak Malau..." siapa yang tak tahu? "Hujan emas di negeri orang...", "Ikan di laut asam di darat ...", apa lagi? Ermmm "Keras hati kau, tak dapat dilentur dengan lidah", ah bahasa dulu memang penuh dengan kiasan...


Lain-lain yang menarik :
  1. Orang asli keliling api - muzik, kareografi, lampu (best!)
  2. Dua cerita dalam satu scene tapi fokus pada satu bahagian sahaja - contoh 1) masa orang sibuk-sibuk bergumbira kat rumah Sri Mersing sebab Sri Mersing nak dikahwinkan, fokus pada Sri Mersing berdialog dengan Siti Payung; 2) Pak Malau marah Sri Mersing masa jumpa kat tempat Damak..
  3. Dondang sayang (tapi part ni Den mushkil kena ada lampu spotlight fokus kat pemain biola tu??? Relevannya dengan jalan cerita ni? Untuk aku? Zero! Tak relevan sekalipun si pemain biola adalah somebody!)
  4. Oiii tetiba ada balak tumbang lar pulak!
Sikit-sikit kena kasi touch up
  1. Kekadang sound ada lari
  2. Ada sorang angkat karung tu, eksen larr karung tu berat sket!
  3. Lampu yang fokus pada pemain biola. Kenapa?
  4. Kekadang terlebih jerit larrrr
Sinopis Sri Mersing, klik sini
[Di satu sudut lain, teman ku mengatakan Sri Mersing menggambarkan sifat orang Melayu. Ya, aku juga nampak Melayu.. Owh bangsaku]
[R, terima kasih sudi meluang waktu :D]

Monday, March 15, 2010

oK LaR DeN NGaKu DaH JaDiK ToK!

Selamat pengantin baru wat I dan pasangan R. Amboiiiii korang ni dah langkau mak sedara erk?! Ni takde hadiah langkah bendul ka??? Ekekekee... Happening betul wedding diorang nih... First time Den tengok a.k.a dengar kumpulan kompang siap dengan drummer sekali (sori larr Wa, masa Wa kawen ari2 tak perasan ler ada!)... Cantik betul I, berseri-seri (ishk ishk ishkk... memang larrr kalo dah namanya pengantin kan?! He!) :)

Hah! Meh sini Den nak konaikan cucu Den yang pertama... Alahaiiiii Den dah jadi Tok nih! Nadini, anak pada anak sedara Den. Betul lar kan kira pangkat cucu lar nih kan?! Hahahah... Comei tak??? Ermmmm alahaiiiiiiii cucu erk!!!!! Takpe.... Den ni masih voque lagi eh! Young at heart.... Live a Life....

[Selamat pengantin baru juga buat F dan pasangan nyer (TM), dan C dan pasangan nyer (TI)]

LaRiaN BaNDaR DiRaJa 2010

Dalam fikir-fikir nak lari ke tak, Z kata dah hantar nama daftar... Ermmmm, jauh! Kengkawan punya pasal, boleh larrrr... huuuuu... Ni kira gambatte juga sebab stamina kengkawan Den memang superb!!! Fuhhhhhhh, memang kena tinggal lar nih!

Larian bermula jam 8.00 pagi... Mak aiiiii dah naik lemau nunggu, almaklum larr dah sesubuh alam dah sampai ke Klang tu... Korang bayangkan larrr matahari dah naik, dan bandar Klang tu - SESAK! Sesak jugak nafas Den sebab berlari dalam bandar yang penuh asap kenderaan!! Heeeee... Live a Life... Nak buek camno??? Laghi jo larrr...

Kupon masa daftar sebelum lari

Saper yang amek shortcut, memang tak lari kat bawah jambatan ni..
Kurang asam eh!

Ni gambar masa subuh alam....


After running... panaih!!!

[kengkawan yang akan chaiyok2 kat Kenyir, all da best!]

Friday, March 12, 2010

YeSTeRDaY - WHaT HaPPeNNeD??

Semalam, lampu aku kejap menyala terang, kejap malap, kejap lagi hampir padam. Gud day and bad day... Gud day as i was in duty for Hari Bersama Pelanggan, dan aku ada ramai junior-junior yang datang melawat kaunter.... Gud day as my Tuan Bos Besar suddenly came to my place, and candidate me for something to Tuan Bos Lagi Besar (walaupun dalam dua minggu ni, aku tak bagi apa2 output pada Tuan Bos Besar pun). Gud day as Tuan Bos Lagi Besar, arini tegur aku dulu. Gud day as i got my exam result, and i passed!!! Yes! Yes! Yes! Tahun ni tak yah fikir nak ambil exam... Kalau nak risau, mungkin kena ready for interview je... Heeee...

Lampu malap-malap, sebab entah macam mana semalam ramai pula teman-teman membuat harapan tatkala aku mohon excuse untuk diri aku sendiri... Tak terkeluar permohonan excuse aku kerana teman-teman ku semalam semuanya bersemangat waja. Boleh ke kita hampakan orang-orang yang lampu-lampunya sedang menyala terang bersinar??? Aku fikir semua orang tak sanggup. Aku cuba, tapi a
mpun pada semua teman-teman. Aku weng! Out of service! Bateri very low, tet, tet, tet!! Owhhh tuhan, apa dah jadi ngan aku semalam aku pun tak tahu. I can hear all of you, but i donno what happening inside me. Memang aku berlawan dengan diri sendiri - pushing the limit. Sesal dengan harapan-harapan yang aku hampakan. Kenapa semuanya semalam??? Frens.... soweeeeeee.

Ampun pada teman-teman seperlarian, telah ku cuba, namun tak terdaya membuat gerak.

Ampun pada teman-teman seperenangan (orang2 yang sama juga), aku mungkir kerana harapan yang diletakkan menekan perasaan. "Mas, hari ni buat berapa? Masa?" Fuhhhhhh... (ok soklan ni dari orang lain kay!)

Ampun pada teman-teman sepermakanan (kengkawan cari makan), sebab aku korang kena makan kat tempat tak sedap tu... dan aku dengan milo panas je. Sori, aku bunuh 'kutu-kutu' korang.


Ampun pada teman-teman sepergunungan (yang kebetulan turun ke KL), aku mungkir kali ini kerana keadaan aku semalam. Ampun kerana alasan yang ku beri - PALSU (bukan sengaja). Tak mungkin aku boleh berjumpa kalian dalam keadaan aku semalam. Tambahan waktu sudah larut dan perjalanan ku masih jauh.


Ampun pada teman yang membalas panggil, kerana tiba-tiba di'marahi' tanpa sedar. Owhhh bukan marah, tapi bebel yang aku tak pasti... Siapa suruh tak berterus-terang bila aku bertanya??? Heeee... tq sebab faham... Aku ok... Ermmm dah ok kot... Dr.? Tak mau... Aku ok. Ermmm dah ok kot.. (hah!)


Ampun pada teman yang membuat panggil, naga-naga ku sudah mengamuk-ngamuk dan perlu diselamatkan. Maaf kerana tidak dapat bercakap lama.
Hati-hati dalam perjalanan kamu.

Lampu hampir padam?

Hampir tumbang di tepi tasik. Goyang juga juga di tepi kolam.

[ketakutan dan kerisauan kalah dalam perjuangan membuat aku tidak mahu berhenti. Lupa, AKU INI BUKAN MESIN YANG BOLEH BERJALAN TANPA REHAT ;I ]
[terima kasih buat teman-teman yang mengambil berat]
[buat R, soalan ku masih tergantung. Masih belum berjawab tarikhnya]

Thursday, March 11, 2010

SRi MeRsiNG Di IsTaNa BuDaYa

Dah lama juga tak tengok teater... Bulan lepas, dengan cita-cita besar nak pergi tengok tup-tup sudah salah tarikh!!! Padanlarrr tempat acara lengang! Bingung aku!
Ok, ada satu pementasan kat Istana Budaya minggu ni sampai minggu depan 12 - 21 Mac 2010, tajuknya Sri Mersing... Ermmmm... pernah dengar lagu Sri Mersing??? Ada tak agak2 lagu ni nanti???
Sinopsis citer ni (yang Den amek kat sesawang Istana Budaya) :
Merah, anak Damak, singgah di Mersing dalam perjalanan pulang ke Pahang, dari menuntut ilmu di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Beliau cuba untuk mencari jawapan mengapa ayahnya sangat melarang beliau pergi ke Mersing. Beliau hanya tahu bapanya pernah mempunyai hubungan dengan gadis yang bernama Sri Mersing. Hajatnya di sambut baik oleh Sri Mersing dan anaknya Sri Melati. Namun, tidak pada sebahagian orang kampung terutamanya yang menyebelahi Bentayan, anak Penghulu Mersing.

Sri Mersing menceritakan kembali mengenai ayah Merah, Damak yang merantau ke Mersing bersama ibu dan adiknya, Deli. Damak merupakan seorang yang jujur dan ikhlas. Apabila Damak menyelamatkan Sri Mersing dari diculik, dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung. Sungguhpun kalah, Awang membuat fitnah yang memaksa Damak keluar dari kampung tersebut. Ayah Sri Mersing, Pak Malau mendapat tahu bahawa Awanglah sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik kehilangan Sri. Walaupun Pak Malau cuba memujuk Damak dan keluarganya, namun Damak tetap membawa diri dari kampung tersebut.

Merah juga menerima nasib yang sama seperti ayahnya turut difitnah. Kedatangan Merah ke Sri Mersing sangat tidak disenangi oleh orang yang berkepentingan di situ tetapi amat disambut baik oleh kampung yang mengharapkan perubahan berlaku di Mersing apatah lagi Merah juga mempunyai pengetahuan agama yang baik. Namun, Merah juga mengambil keputusan untuk pulang ke Pahang dan mencurahkan bakti pada anak negerinya sendiri.
Plot cerita kedatangan Merah dan cerita asal Sri Mersing akan bergerak seakan selari namun di pengakhirannya tetap sama di mana kedua-dua mereka, Damak dan Merah akan pulang semula ke Pahang. Sesungguhnya naskhah Sri Mersing ini akan mengimbau suasana kehidupan Melayu suatu ketika dahulu dan juga filem klasik Sri Mersing itu sendiri.
Pelakon/ Artis termasuklah Adi Putra (Damak), Elly Mazlein (Sri Mersing), A.Galak (Pak Malau), Yus Raja Lawak (Awang Sulong), Hairi Anak Wayang (Merah), Rusdi Ramli, Melisa Saila, Jep dan Shuib (kump. Sepah), Dato' Mustapha Maarof, Datin Hjh Rosnani Jamil, Azizah Mahzan etc.
Teater ini diarahkan oleh Rosden Suboh dan skrip disediakan oleh Hairul Anuar Harun.

Harga tiket RM20, RM30, RM50, RM80, RM120 & RM150
Maklumat lanjut : Pasal teater Ni ; NaK beli tiket


[sompek ke Den nak poei nengok pementasan ni?!! Den nak poei...]

Wednesday, March 10, 2010

2nd PuTRaJaYa INTeRNaTioNaL HoT AiR BaLLooN FieST - seSaK LaGi LaR PuTRaJaYa... Huuu



Dia mai lagi dahhhh.... Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta.... Waduh... sesak! Sesak lagi Putrajaya nih! Ekekeeke.... Marah ke? Errrr... dak... dak.... Den suka orang datang berjalan-jalan macam Den ni haaa... Kalau boleh Den memang nak semua orang jadi KaKi JaLaN macam Den ni haaa... Baru best tukar-tukar cerita, gambar dan semua yang seangkatan dengannya. Den suka juga jadi pemandu pelancong kat Malaysia nih, yeahhhhh proud to be Malaysian... * wiNK * :)
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta akan diadakan pada 18-21 March 2010 yakni minggu hadapan. Datang Putrajaya ramai-ramai, jom! Sebelum tu, jangan lupa tengok time table diorang terbangkan belon panas tu pukul berapa, kalau tak, korang tengok saja larrr gerai-gerai kat tapak fiesta dan terlepas tengok ruang udara di Putrajaya ni dipenuhi belon! Ermmm cantik!!
Nak tengok yang Den pergi tahun lepas, klik sini.
Maklumat lanjut fiesta, klik sini.

Jumpa korang kat sana. JoM!! :D

[nak tengok lagi banyak belon dan sudah tentu menunggu belon-belon baru!]

Tuesday, March 9, 2010

BuKiT BRoGa : OK LaR GaMBaR PeRaSaN...

Takde apa nak tulis.. Saja nak letak gambar... He

[Amaran keras : Len kali saper punctual je leh ikut Den]
[Nota sendiri : arini keje Den blogging je]

LaRiaN BaNDaR DiRaja 2010, KLaNG

ANJURAN
Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor

TARIKH / TEMPAT / WAKTU
13hb. Mac 2010 (Sabtu)
Taman Pengkalan Batu, Klang
5.00 pagi – 6.00 pagi

SYARAT PENYERTAAN
Ø Warganegara Malaysia
Ø Tiada yuran penyertaan (PERCUMA)
Ø T-shirt terhad kepada 5,000 penyertaan awal
Ø Sijil penyertaan
Ø Hadiah wang tunai & medal sehingga tempat ke-10
Ø Tarikh tutup penyertaan 10 Mac 2010 (hari nie)

KATEGORI PENYERTAAN
Ø 10km Lelaki Terbuka (18 tahun ke atas)
Ø 10km Wanita Terbuka (18 tahun ke atas)
Ø 7km Lelaki Veteran (40 tahun ke atas)
Ø 7km Wanita Veteran (40 tahun ke atas)
Ø 5km Lelaki Junior (Sekolah 13 – 17 tahun)
Ø 5km Wanita Junior (Sekolah 13 – 17 tahun)
Ø 3km Warga OKU Lelaki (Berkerusi Roda)
Ø 3km Warnga OKU Wanita (Berkerusi Roda

Kengkawan yang berminat boleh lar menjenguk LArian BaNDaR DiRaJa 2010.

[ermmm... nak masuk ke tak... nak masuk ke tak??? ari Ahad ada kenduri... Sabtu nak kena timing swim lagi...]