FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, February 5, 2010

RoNDa KL : LoKasi BiaSa DaN LuaR BiaSa

Lokasi-lokasi biasa, separuh biasa dan luar biasa...

Lokasi biasa 1 : Hentian Puduraya

Lokasi biasa ulang alik dengan bas dari kampung ke pekan Kolumpo sendiri, rasanya bila dah mula berdikari sendiri dan diberi 'lesen' empat belas lima belas tahun dulu larr. Bila aku dah kerja kat Kolumpo, suatu ketika dahulu ibu suka naik bas sebab turun dari bas naik Star LRT dan terus sampai rumah (macam spot check lakssss tiba-tiba dah muncul depan pintu!).


Lokasi separuh biasa : Nando's dekat Kotaraya
Apa pula yang separuh biasa? He... sebenarnya tak pernah pun masuk Nando's kat sini... Yang biasa tu, dekat kawasan-kawasan sekitar cam bangunan shopping mall yang ada mural letrik terbesar tu (Kotaraya), Petaling Street, Mydin Kotaraya. Itupun suatu ketika dahulu ketika zaman muda rumaja. Saja-saja berjalan sambil tunggu bas nak balik kampung atau adakala ber'poya-poya' lepas balik kampus. Hehehe. Dulu-dulu memang rajin berjalan kat sini, tapi sekarang ampun! Kalau boleh mesti nak ada kawan - aiii tak berani dah.


Lokasi biasa dahulu : Central Market (CM) @Pasar Seni
Aku memang suka pergi sini dulu. Paling aku suka bila tengok orang melukis. Tempat ni memang tempat rasmi kalau turun Kolumpo dengan sepupu Y... Sebabnya BMW (bas mini wilayah) no 31 kaler pink memang akan berhenti kat sini. Masa jalan-jalan hari tu rupanya dah tak ada yang melukis gambar potret kat sini... Mana eh, lokasi sekarang???


Lokasi sudah menjadi kebiasaan (hahaha) : Istana Budaya
Istana Budaya yang terletak di Jalan Tun Razak, mana bisa aku lupakan setiap kali adanya pementasan teater dan makyong! I like!



Lokasi Luar Biasa : Masjid Negara
Alhamdulillah, akhirnya aku masuk dan sempat juga solat kat sini. Still wondering kenapa selama ada rombongan sekolah, rombongan cik Kiah kat kawasan-kawasan Lake Garden nih tak pernah berhenti solat kat sini... Owh, dah memang rezeki aku di kempatan ini. Aku selalu (ermmm sebenarnya kena suruh) duduk dengan arwah Opah tengok siaran langsung solat Jumaat kat Masjid Negara nih. Opah... Opah... (aku memang tak putus sebut nama Opah dalam minggu nih, ermmm)

Lokasi luar biasa : KTM Headquarter

Memang tak hal atau alasan nak masuk bangunan ni kan? Ermmmm.... Tapi kalau keretapi komuter turun dekat Stesyen Keretapi Kuala Lumpur tu ada larrr.... Teringin pulak nak naik keretapi gi Singapura, he :) Cita-cita naik keretapi kat Tasik Merah dengan Gua Musang dah tercapai, uiiii best!!
Nota : teringin nak menapak ke depan lagi, tapi kaki dah lunyai macam jeli



Lokasi paling luar biasa : Istana Negara

Biasa-biasa lalu kat Jalan Istana selalu je tengok bas-bas pelancong penuh depan Istana Negara. Dalam hati, "Apa lar yang diorang tengok? Bukan nampak apa pun!". Jadi dikesempatan yang sudah pasti amat jarang muncul ni, aku turun dari bas Hop On Hop Off (yang sememangnya akan berhenti lebih kurang 5-10 minit kat sini) dan ambil lar dua tiga keping gambar (sebenarnya on rushing gak sebab orang bas kata nak berhenti 5 minit je, tak nak kena tinggal dan tunggu setengah jam laks kat sini, hehe).. Yang aku baca dalam brochure, untung kalau dapat tengok acara pertukaran pengawal. Well, i'm not lucky during my stop but it's ok :).

[LOS]
[Esok hari lari! Wow weeeee]

3 comments:

xplorer said...

seumo idup den , tak ponah den poie istano nogaro walaupun den ni dah tigo puloh tahun idup.tapi eden dah ponah sampai BUKINGHAM PALACE kat london dan eden ado tanyo kat JAGA kat sano dlm bahasa nogorie - cam mana ekau boleh tahan dari terkucil dlm cuaca sejuk-sejuk mcm ni, hari ni sajo eden dah 7 kali terkucil sebeb sejuk. Dio sengih jo kat den . Bongang botui den sebab dio tak menjawab persoalan den

hang nadim said...

salam....seronok tak naik bas, bnyak dapat no tel tak..? jom kelik kapung minggu depan

masMZ KaKiJaLaN said...

xplorer, ekau tanyo dalam bahaso nogori jo ko? ekau tak terai pulak bahaso jawo ko, utaga ka, tak dak ka (eh tertukau laks)... Ekau bongang tak dapek ilmu erk? Maapkan larr JAGA tu, ado cctv tala ke dia. Mana leh gerak-gerak, lagi pulak nak kena kontrol ensem... hehehe

Hang nadim, seronok juga naik bas sekali-sekala :) Kita bukan macam awak, tukar2 nombor telefon dengan orang sebelah ;p
psst : ni nak ajak kelik kampung siapa nih? he