FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, January 13, 2010

MaKYuNG ANaK RaJa Dua SeRuPa


Yezza, permulaan yang menyeronokkan bagi tahun 2010 - MAKYUNG!!

Pada 22-24 Januari 2010, Istana Budaya akan mempersembahkan Makyung Anak Raja Dua Serupa. Kesenian makyung yang diiktiraf sebagai 'world heritage', memang di'rekomen'kan pada semua orang yang belum pernah menonton persembahan makyung untuk datang menonton.

Masa aku ajak beberapa orang teman yang tak pernah layan teater (apatah lagi lar nak melayan makyung), diorang cakap "Ko nih biar betul lar Mas! Takde tempat lain ke yang ko nak ajak?". Jawab aku "Hehehe. Ala, no harm pun. Bukan kena bayar!" (Masa tu persembahan makyung kat MaTiC).

Last sekali, diorang pun ikut...
Ekspresi pertama : Depa cakap apa nih? Aku ngantuk larr.... (sebelum persembahan makyung, akan ada satu pembukaan yang mana masa ni penari-penari makyung akan masuk menyanyi dan menari sambil diiringi dengan musik. Intro ni dipanggil sebagai 'Mengadap Rebab'. Disebabkan makyung ni berasal dari negeri Kelantan, memang aku akui lar yang aku pun kadang-kadang susah juga nak menangkap bait-bait perkataan yang dinyanyikan. Sebenarnya diorang ni nyanyi intro cerita ni, jadi nak senang faham kenalah ada buku program. Ekekeke).

Ekspresi kedua : Hahahaha... Kah kah kah... warkh hahaha... (sampai nak berair mata!) (ermphhhh... depa ni memang tak berenti-renti ketawa! Nak tahu sebab apa? Makyung ni sebenarnya persembahan dramatari hiburan rakyat. Dulu-dulu dimainkan di kampung-kampung lepas selesai tuai padi. Ceritanya ringkas saja tetapi memang sangatlah menghiburkan dan mengasyikkan! Pernah dulu (di suatu jaman jahil), aku ingat makyung ni macam 'seram sejuk' sikit lar nak pergi sebab dengarnya ada unsur ritual sama macam ulek mayang. Sekarang, masa dah berubahkan? Jangan risau, memang tak rugi tonton makyung... (aishhh gila-gila punya promote nih!).

Info Mak Yung Anak Raja Dua Serupa:
Arahan bersama :
Fatimah Abdullah dan Lokman Ghani
Menampilkan :
Rosnan Rahman, Juhara Ayub, Sabri Yunos, Norsiah Md. Yatim dll. (siapa PaK Yong? Siapa Mak Yong? Siapa Peran? Jin etc... kita tunggu!)
Tarikh persembahan : 22-24 Januari 2010
Masa persembahan : 8.30 malam
Tiket : RM20, RM50, RM70 dan RM100 (kat kaunter IB / http://www.ticket2u.biz/)


Pesanan aku : Jom weh kita tengok Mak Yung kat Istana Budaya!!
Psst : Mak Yung - Hibur n Asyik!

7 comments:

yanie said...

pak yong,mak yong i xkenal..klau kak yong tu rs2 cm penah kenal la..hehehe

masMZ KaKiJaLaN said...

Yong ngan Yeop, kenal lar mike yer?

Chloe said...

Rosnan & Juhara (dalam gambar) tu mmg one of the best dlm lakonan makyong ler. Jari mereka gerak2 dlm persembahan tu pun best. hahahaha...

masMZ KaKiJaLaN said...

I rasa semua Makyung yang i tengok semua Rosnan ada. Cam mana jari dia and all da makyung dancer leh lentik lembut cam tu erk?!!!

Chloe, r u going to watch the show?

Yarter said...

sy dah tgk semalam...sbb kebetulan sy shooting...best sgt2!! gamat dewan... kikiki...

Sheherazade said...

suka sgt entry ini,saya xde idea nak memblogkan Mak Yong ini...tabikkk

masMZ KaKiJaLaN said...

Salam yarter dan salam Peri PiA,

Seronokkan tonton makyung... saya rasa persembahan makyung cantik :)