FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, December 24, 2009

GooD BYe 2009 : JuNe [ HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe]

Owhhh Sarawak dan kehidupan di rumah panjai aji di Pakan, Sarikei selama beberapa malam, memang tidak akan dilupakan... Rumah panjai, gawai dan kehidupan kampung iban satu pengalaman manis kerana peluang yang mungkin tidak akan ada lagi... Lain dari lain dan aku masih berfikir macam mana aku boleh 'survive' kat sana... Ermmm....

Perjalanan ke Pakan dengan kereta membawa aku melalui pekan-pekan kecil di Sarawak termasuklah Serawan, Simunjan, Lanchau, Sri Aman, Engkili dan Sebangkoi dan aku juga melalui sungai terkenal seperti Batang Lupar dengan Bujang Senang nyer... Auk!


Me : HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe

MeNJaLa iKaN KoLaM & UBi KaYu SeBeSaR PaHa dan SeTiNGGi BuDaK SeKoLaH


WoNG KuJi DaN SeMBeLiH aYaM

Perkara yang paling tak boleh lupa sebab Uncle bawa ayam hidup masa berkelah di Wong Kuji. Antara kami bertiga siapa nak kena sembelih ayam?? Baning dah tolak awal-awal (sungguh kureng asam ko Mud!). Jadi aku pandang Don, Don pandang aku.


Sambutan Gawai tambah istimewa dengan tetamu Uncle Sedai (kami ler tu, hehehe)

Ann cakap tahun ini, sambutan Gawai di Rumah Panjai Aji adalah yang paling meriah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Meriah kerana ada tetamu yang akan bergawai bersama-sama. Manakan tidak kalau selepas kami setuju untuk ke Sarawak, Ann terus mencanang kepada keluarga dan sepupu-sepupunya! Terharu kamek, Ann.

RuMaH PaNJai YaNG aKu DoK n NGaBaN (VisiT)

Rumah panjang - satu cerita baru, satu cerita dari masa lampau, satu cerita mimpi dan satu cerita yang tidak dapat aku lupakan. Semuanya indah buat aku di sana.

TeRaSa iSTiMeWa SeNTiaSa (NGeH NGeH)

[Unexpected and unforgettable escape!!!]

Another Jun:

Teater Mana Setangginya di Istana Budaya (teater berat yang sangat menarik)

Dragon Boat Festival (berniaga? hehehe)

No comments: