FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, October 5, 2009

MeNGiNGaTi MaTi

Al-Fatihah buat arwah Pak Yang yang meninggal dunia pada Jumaat yang lalu. Sekejap benar aku terlupa walau telah diberitahu arwah sudah berada di ICU semasa raya. Mungkin raya melalaikan aku ketika itu. Mungkin kerja melalaikan aku selepasnya. Yang pasti, aku telah hanyut dalam kehidupan di dunia dan aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Besar.

Mengingati mati dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Jumu'ah ayat 8 bermaksud,
Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan.

[alFatihah juga buat arwah Opah yang amat disayangi. Rahmatilah rohnya wahai (Tuhan) yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Amin.]

2 comments:

Anonymous said...

takziah yer...

masMZ KaKiJaLaN said...

G, tima kasih.