FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, June 23, 2009

SeMBeLiHaN : CaTaTaN DiRi SeNDiRi

Syarat sah sembelihan - penyembelih, binatang sembelihan, alat sembelihan

Syarat penyembelih:
1. Islam atau ahli kitab
2. Sembelihan hanya diniatkan kerana Allah SWT atau dengan nama Alah SWT

Syarat binatang sembelihan:
1. Penyembelih dapat menangkap haiwan yang tidak mengalami kesakitan dan kecederaan sebelum disembelih
2. Putus halkum dan urat merih
3. Memotong sekali gus dengan cepat

[Sekiranya binatang yang disembelih itu mempunyai kandungan anak di dalam perutnya, maka halal dimakan daging anak tersebut dengan syarat anak itu mati dengan kematian ibunya]

Syarat alat sembelihan:
1. Alat tersebut mestilah tajam dan diperbuat daripada besi, tembaga, timah, kaca, batu dan yang seumpamanya
2. Tidak menggunakan gigi ataupun kuku sebagai alat sembelihan.

Perkara-Perkara Sunat Sembelihan
1. Memotong urat di tepi batang leher, mengelilingi halkum
2. Menajamkan alat sembelihan
3. Binatang yang hendak disembelih itu perlulah dibaringkan di sebelah rusuk kirinya
4. Mengadap kiblat.

No comments: