FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, June 11, 2009

NasiK GaNJa, GLeNMaRiE

Ada urusan memerlukan KaKi JaLaN di Shah Alam dua hari yang lepas. Penuh aktiviti dari pagi sampai ke malam. Nasib baiklah ada rasa sedar dan kenal lagi rasa kenyang dan penat, kalau tidak... (ermmm).

Orrait... ini cerita NasiK GaNJa. Amboi, bukan main lagi namanya - nasik ganja erk?!!!! Hehehe. Pertama kali dengar dah tercengang. Pandai betul teman-teman di Shah Alam membuka cerita. "Mas, kitaorang pegi makan nasik ganja!". Esoknya "Kenyang nasik ganja tak habes lagi!". "Bestnya!". Ceh!! Sampai hati korang yer... Tak puas hati, lantas ku luahkan pertanyaan di ruang maya, jawapan paling mengejutkan ada yang sanggup turun dari Kuantan semata-mata nak pi makan nasik nih. Mak aiii... Biar betul larr penangan nasik ni sampai sedemikian rupa!!!! Tak boleh jadi nie!!!!

Lokasi kedai, kat area perindustrian Glenmarie (tempat-tempat bengkel kereta, jual barang-barang kereta, stor dan semua yang seangkatan dengannya). Buka dari pagi sampai petang sahaja (pukul enam). Peak hour masa pukul 11 pagi masa lauk-lauk baru keluar. Ceritanya sampai orang beratur di hadapan kedai.

Ermmm... rasa nasik ganja... ermmm (dah dua kali ermmm erk!). Oklah, not bad. Rasa dia lain sikit dari mamak tempat lain. Sedap!!! Kalau ada sesiapa rajin atau teringin nak rasa, dicadangkan "Silalah mencuba nasik ganja Glenmarie nih :)". Cuba jangan tak cuba!

..ni nama kedainya..


..kaunter nasi dan lauk. Beriani pun ada..

.. menu lain yang ada kat kedai nih..

nie rupa nasinya.. lauk laen pun banyak jugak!..

*[Thanks to Abg Ngah coz tak habes-habes nak menambahkan berat Den ni hah!!! Sori, kenyang nasik tak habes lagi so tak leh test Yong Tou Fu dah!! Lenkalilah!! He]

2 comments:

Ren said...

sempat jugak ko buat menda2 nih masa seminar???????

Dan sempat jugak ko snap gambo mamak tuh??????

p/s= Folder taman alam aku lenyap!!! Waaaaaaaaaaa all the sweet photos was missing!

masMZ KaKiJaLaN said...

Mana pula masa seminar... Ni aktiviti sebaik sahaja seminar habis...

Mamak tu siap posing lagi! Den yang malu dengan customer2 dalam kedai tu. Hahahaha...

* Janggel, semua ker?? Den tak amek gambar dari ko dulu ker?? Yang Den punya ada lagi kalo ko nak.. Ker folder taman alam yang ko g sendiri dulu??