FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, April 19, 2009

PuLaU KaPas, TeReNGGaNU

Pulau Kapas, Terengganu. Buat kali keduanya aku menjejakkan kaki di sini. Sepanjang ingatanku, tidak terfikir lagi untuk menjejakkan kaki di sini. Pulau yang tenang tetapi terlalu ’sepi’ buat aku. Kata Makcik Gemok (salah seorang pemilik resort di sini) dahulu, “Nanti datang lagi ye, datang dengan a'bei' (partner a.k.a suami)”. Aku setuju dengan Makcik Gemok kerana pada aku, Pulau Kapas sesuai bagi pasangan yang mahu terasing dan datang untuk berbulan madu. Untuk aku sendiri datang ke sini, dua tiga hari sudah mencukupi.
Pulau Kapas.... Aku datang lagi... Bukan dengan a'bei' yang Makcik Gemok cakap. Aku datang dengan kawan-kawan. Aku ketemu kawan-kawan dan 'anak-anak' baru. Pulau Kapas kali ini jauh lebih indah, jauh lebih hidup.
Terima kasih Tuhan atas peluang kedua ini. Tuhan, aku amat gembira. Aku amat gembira. Aku akan kembali lagi.... “Who knows what i'm going to have next year”.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Kapas
  • Snorkelling
  • Hiking
  • Santai (hanging around)
  • Candat sotong
  • Kayaking
Aku kongsikan sedikit beberapa gambar yang sempat diambil.



ExERciSe n ExPLoRiNG


kaKi JaLaN @ PuLaU KaPas
PaNTai-PaNTai Di PuLau KaPas

4 comments:

lifesaver said...

Wow...cantik2 semua gambar yg mas ambik. Fuyooooo...mmg layak jadi seorg prof.photographer. Lepas ni, kita pi mane2 pun kita x akan tinggalkan mas :)

masMZ KaKiJaLaN said...

Lifesaver,

Lepas nie kita ambil lagi banyak gambar ya!!!!

Anonymous said...

nak tanya sket psl makcik gemok resort ni, worth tak duduk kat sini? how much is the charges?

tq.

masMZ KaKiJaLaN said...

anonymous...

Nak jawab worth ker tidak ni subjektif sikit... Nak ke sana dengan kengkawan buat aktiviti @ famili aktiviti @ g honeymoon??? Kalau dengan kengkawan, memang worth larrr sebab kita bukan dok dalam bilik sangat (jarang juga saya tinggal di bilik masa bercuti :)). Tempat lepak kat luar pun ada. Untuk famili yang outdoor pun ok. Bilik ok.

Kalau nak pi honeymoon, baik p Kapas Island Resort.

Rate kat Makcik Gemok dalam RM50-120 lebih2 kurang. RM100 untuk yang ada air-corn.

For trip with friends, boleh arrange untuk buat barbeque sendiri.. Tempat membakar yang besar ada.