FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, March 2, 2009

PeKeRJaaN YaNG TiDaK DiGemaRi

Tidak ada perkara yang menggembirakan apabila mendapat pekerjaan yang tidak digemari. Pekerjaan yang tidak diundang dan tidak diduga. Umpama mendukung beban yang tidak membawa apa-apa melainkan sakit badan. Mendukung pekerjaan yang tidak digemari lebih buruk kerana selain sakit badan, sakit juga mental dan jiwa!

Telah ku cuba mengadap berhari-hari. Tidak terbuka juga jalan untuk menyelesaikannya. Adakah kerana seawal datangnya aku sudah mengganggap ia sebagai sesuatu yang tidak digemari? Aku terima sebagai bidan terjun demi menyelamatkan muka Lemau dan menjaga nama sendiri kerana sekiranya aku tidak mengambil pekerjaan ini, aku akan ditikam dari belakang di depan Bos Lebih Besar. Justeru, baik aku berjuang.

Bidan terjun aku membawa aku kepada pekerjaan yang perlu mengambil banyak masa dan tumpuan. Ohhhh segala perkara yang tidak manis aku katakan memang aku tujukan kepada Lemau. Habis hujung minggu ku mengkaji fail yang sangat nipis isinya. Entah mana hujung pangkalnya? Apa yang perlu dilaporkan???

Telah ku adu kepada Bos mengenai tanggungjawab melebihi kapasiti. Aku sudah tidak punya sokongan. Segala jalan penyelesaian yang diberikan untuk aku lepaskan beban ini tidak dapat aku laksanakan bila aku mengadap Bos Besar. Nampaknya dia mahu menguji bagaimana aku menepis dan menghadapi pekerjaan ini. Bos Besar, “Haaa… sekarang you larrr terpaksa bawa kavadi ni. Y sudah pergi. Tengok macammana”. Aduh, tugas hakiki sudah lebih dari besar, part time audit, dan tambahan lagi kepada kerja luar hakiki yang telah sedia aku ada??

Malam ini, aku masih mengadapnya. Terkebil-kebil melihat maklumbalas laporan yang perlu disiapkan. Kejap aku menulis, sekejap lagi aku memadam. Perkara yang sama aku ulang berulangkali. Kalau rambut gugur setiap kali menggaru kepala, entah botak juga kepala aku nih!!!! Haiii nasib!!!!

[Berjaya siapkan m/b pada waktu menjelang 1 pagi. Dalam perjalanan untuk sediakan strategi baru dan kertas kerja pelaksanaan untuk ketetapan Bos Besar selanjutnya. Tidak dapat aku pastikan ianya ikhlas atau terpaksa. Pekerjaan ini masih tidak ku gemari!!]

4 comments:

Ren said...

Sabar lah cikpuan mas... semuanya akan terbalas kelak..

Apa yang penting..kerjasama... Wonder pet!!!

masMZ KaKiJaLaN said...

cik Janggel, tqvm :)
Wahhh pandai juga layan Wonder Pets ya!!!!!!!
* thanks also for the Rentetan Pekerjaan Yang Tidak Digemari.

Mix Goat Farm said...

cik mas you are "superwoman"
asalkan jangan blur dah lah ye cik mas,heheheh

masMZ KaKiJaLaN said...

Kena nyanyi lagu "Superwomen" nih... Alahai sapo nama penyanyi nyerrr???

Saya ok dah cik Amid. Tiga hari cuti, memang rehat habes-habesan. Boleh pula saya siapkan hutang Kenyir lagi! Ekekeke