FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, March 4, 2009

NoTa-NoTA KeciL

Nota Kecil 1
Jauh ketinggalan. Juga hampir tergelincir. Kadang berazam, kadang berjuang, kadang berputus asa(?).
Mungkin keutamaan itu bukan lagi satu keutamaan. Namun ia tidak boleh diketepikan kerana jika tidak, mereka akan mengatakan aku gila.

Nota Kecil 2
Rindu untuk duduk bersama.
Rindu untuk bertentang mata.
Rindu untuk berbicara.
Rindu untuk meluah perasaan, berkongsi kasih.
Rindu untuk bermanja.
Rindu. Rindu. Rindu.
Rindu ini memakan jiwa aku.
Arghhhhhhh……


Nota Kecil 3
Sejuk-sejuk ni, seronoknya kalau dapat ubi rebus dan kopi 'O'.
Sejuk-sejuk ni, nikmatnya kalau dapat makan aiskrim.
He’eh…. Tak ada makna sejuk-sejuk ni. Kalau teringin tu cakap sajalah. Tapi dapat ubi rebus dengan kopi 'O' sedap jugakkan?!!!


Nota Kecil 4
Tahu tak, sebenarnya ada soalan yang akan ditanya tidak lebih dari tiga kali sahaja? Soalan yang mana si penanya, sangat bermaksud akan mendapat jawapan terhadap persoalannya. Soalan yang memerlukan kekuatan untuk meluahkannya. Oleh yang demikian, jika terdetik "mengapa dia berhenti bertanya", maka....

*[dari entri blog lama kerana tidak punya kesempatan untuk menulis]

No comments: