FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, March 30, 2009

LeGaSi aTuK

‘Legasi Atuk’ tajuk yang aku pilih untuk hari ini… Sudah seminggu teringat dan dari mana datang kebetulannya, percakapan mengenai legasi Atuk kerap timbul dalam perbualan aku dalam minggu ini.. Mula-mulanya aritu teringatkan Atuk; kemudian 2) sebelum tidur tiba-tiba terfikir kenapa aku tak jadi cikgu? (apasal boleh ke situ pulak?!) 3) B telefon dan bercakap mengenai belajar dan cikgu …. 4) sembang makan malam bersama LOS, LOS bercerita mengenai kakaknya seorang cikgu dan panjang lagi. 5) minum dengan dR, isteri si polan tu cikgukan? 6) Z bercerita tengah periksa senarai KPLI. 7) OG pula YM memberitahu ada peperiksaan KPLI esok. Pelik betul bila tiap-tiap hari aku dengar ‘Cikgu’ ni! Perasaan aku sahajakah? [Tak apa Atuk, nanti Meh balik. Atuk panggilkah? Tapi hari tu Atuk tak kenal Meh!! Dulu orang lain pun Atuk sebut Meh yang datang. Meh yang amek. Marah orang lain pada Meh sebab Meh yang dapat nama].

Bercerita pasal Atuk, umurnya sudah menjangkau 85 tahun kalau aku tak salah… Kalau tanya ibu atau makcik-makcik aku yang lain, memang diorang cakap lebih kuranglah!! Heeseh! Sebab doulu-doulu, daftar surat beranak pun agak-agak… Aku pun pegang sahaja larrr angka nie… Bolehlah tu!

Atuk hebat… Aku membesar dengan Atuk tapi tak rapat macam aku rapat dengan Opah [Arwahnya Opah]. Atuk garang betul (ermmm… Opah pun garang jugak, tapi hihi… ala biasa larrr)!! Atuk cikgu. Mengajar dari zaman Jepun lagi... Sebab tu Atuk garang gila! Kena marah, rotan(eh, yang ni pernah ke?), kurung, semua tu biasalah. Akupun nakal!

Masa budak-budak, aku dengan kawan-kawan selalu juga main cikgu-cikgu kat umah. Satu perangai Atuk, suka merekod, buat jadual dan semua yang seangkatan dengannya. Jadi kat rumah Atuk ada papan hitam (ingat lagi papan hitam? Sekarang masih pakai lagikah?). Seronoklah kami main. Masa main, kadang-kadang Atuk datang beri kapur, kertas dan pensil. Kadang-kadang Atuk datang bercerita masa kami main. Pernah satu masa Atuk cuba nyanyi lagu Jepun lepas dia cerita zaman Jepun pada aku. Tapi Atuk ingat-ingat lupa, aku pun tak berapa nak besar sampai nak menghafal lagu yang ber‘lopong-lopong’ itu. Kelakarkan!

Atuk memang suka mengajar. Aku belajar main badminton dengan Atuk. Atuk memang kuat sebab selalu main badminton (selain aktiviti di kebun!). Seingat aku, belum pernah aku kalahkan Atuk. Sekarang jangan tanyalah, nak lawan pun tak guna. Atuk jalan pun bertongkat. Aku? Tukang sorak boleh larr! Bila cuba-cuba nak main balik, asyik bulu tangkis selalu tak kena. Macam lawakkah kalau aku cakap yang betul-betul aku main dulu adalah masa main ngan Atuk dan main kat sekolah. Lepas tu entah tak ingat (ngeh ngeh). Cuba main dengan Acik, lepas tu ada cuba pegang raket lagi masa kengkawan ada tournament.. Balik-balik kalau bukan aku yang gelak, semua orang akan gelakkan aku. Malu je!

Belajar bawa kereta pun, banyak dengan Atuk. Ibu tak berani nak ajar aku bawa kereta sungguhpun masa tu aku dah dapat lesen. Kete Ibu gaban sket! Dengan Ayah, masa hujung minggu jer. Masa tu Ayah kena tukar ke Seremban, jadi berulang masa hujung minggu sahaja... Kereta Ayah sport sket... Lagi sonang Den belajau! Belajar bawa motor, hikhik... memang dengan Ayah! [apa pula dah mengarut ke lain nih! Ishk ishk].

Balik semula pada legasi Atuk.. Dari cikgu hingga akhirnya menjadi pengetua dan selepas pencennya dilantik pula menjadi pengetua di sebuah sekolah swasta. (best kalau ikut Atuk ke sekolah, duduk dalam bilik pengetua. Wahh penuh mamat-mamat beratur kat dinding cermin bilik Atuk, ada hati nak ngorat lar tu! Ceh! Bila diorang nampak Atuk, tahu pula semua bertempiaran lari! Lawak! Makcik atau pakcik aku mungkin pernah duduk kat bilik tu, tapi kalau nak cerita semua sepupu sepapat aku.... Ahakss... rasanya aku sorang sahaja yang pernah masuk dan duduk di kerusi pengetua tu. Ewahh!)[iklan lagi!].

Anak-anak Atuk, seorang sahaja yang meneruskan legasi Atuk menjadi guru. Tapi Pak Long dah meninggal dunia. Anak-anak Pak Long sama macam cucu-cucu Atuk yang lain tidak ada yang mengarah menjadi guru.

Ayah pernah ambil borang maktab untuk aku. Bukan setakat tak isi borang, nak tengok pun aku tak nak. Kenapa ye? [kesian Ayah bersemangat belikan borang tu untuk aku]. Guru – mendidik. Aku juga mahu mendidik. Setiap kali mengisi ruangan cita-cita rekod pelajar, saban tahun aku menulis mahu menjadi pensyarah. Pensyarah bukan pendidik jugakah? Mungkin aku sombong masa tu. Kalau aku menjadi seorang guru, pasti gelaran ‘Cikgu Meh’ melekat pada aku. Cikgu Meh, cucu Cikgu Mukhtar, fullamak!! Pasti Atuk bangga ngan aku. Ermm... [Tak tahu sama ada Atuk ingat atau mungkin juga tak tahu aku menjadi tutor selepas SPM. Murid-murid aku dari semuda 4 tahun hinggalah pada seorang yang masa tu, layaknya dipanggil nenek (jahat aku masa tu!). Ramainya dari 6 tahun hingga 12 tahun. Akupun macam budak-budak!]

Jadi Pensyarah? Teringin juga.... Lepas tamat pengajian dulu, memang aku masih menyimpan cita-cita itu. Sekarang? Bukan rasminya pensyarah, tapi pembentang kertas kerja. Sayangnya, gelaran Cikgu Meh tu memang tidak akan terpakai.... Perlukah aku menyambung lagi pengajian seperti Miss Nur atau seperti teman-teman ku yang lain juga? Teman-teman sejabatan sudah ramai yang lari keluar. Yang menjadi pensyarah, entah dah berapa ramai. Aku? Mungkin juga memadai membentangkan kertas kerja. Siapa tahu suatu hari nanti aku juga akan menjadi tenaga pengajar di pusat latihan Jabatan. Fuh (kali kedua)!! Kira bolehlah tu... Legasi Atuk kira terpakai jugakan?!...

[Rasa-rasa, mungkin tak aku amek sijil untuk buka tadika je? Huhu... Legasi Atuk tu kalau tak banyak, sedikit memang ada pada aku. Nak buek guano kalao aku cucu Atuk (kahkahkah... perasan!!)??]

8 comments:

Ren said...

Hmmmm baca entry nih tetiba teringat kat arwah atok dan opah aku... sedihnya...sebab aku membesar depan mata diorang. Sampai aku praktikel universiti pon aku dok dengan diorang,...rindunya.

Atok aku pon garang jugak. Kalau cucu-cucu dia balik, semua kecut perut takut nak buat onar. Kalau tak kena tempik. Tapi arwah atuk dalam diamnya suka memuji cucu-cucunya depan orang lain... hmmm

Arwah opah pulak...arhhh tak saggup nak citer. terlalu banyak kenagan.

Selalu ikut arwah atuk pergi pasar beli barang dapor.. naik keta atuk...bawak paper yang dah atok kerat2 untuk dijual kepada penjual ikan dipasar.. ahhh...

sapa yang ikut jejak langkah atok??

mungkin ada sedikit di setiap cucu cucu dan anak-anaknya...

tribute to my atok and opah...

sory tumpang entry...wakakaka!

Ophe said...

Rakan-rakan selalu mengatakan, melihat aku secara luaran, sepertinya aku sesuai menjadi cikgu. Ayah juga pernah mengharapkan begitu.. huhuhu.. tetapi selepas tamat pengajian, bidang pekerjaanku jauhhhhhhh sekali bertentangan dengan bidang perguruan.. :)

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel,

Sama larrr kita... Banyak sangat kenangan :)

Den kalau tak nak ikut Opah ke pasar akan lari ikut Tuk ke sekolah atau kadang2 g minum kat kopitiam minum kopi ngan roti bakar. Hik hik. (Tapi zaman mengada ngan Tuk sebelum Azwan ada larrr... mestilarrr Tuk layan hero lebeyyyyy)

nota
Legasi apa yang diteruskan oleh cik Janggel kita nih??? Mind to share???

masMZ KaKiJaLaN said...

cik Koishie,

[Rakan-rakan selalu mengatakan, melihat aku secara luaran, sepertinya aku sesuai menjadi cikgu. Ayah juga pernah mengharapkan begitu]
- hehehe

[selepas tamat pengajian, bidang pekerjaanku jauhhhhhhh sekali bertentangan dengan bidang perguruan.. :)]
- hik.. hik.. cik koishie, kita boleh jadi guru pada apa jua subjek yang kita suka :)

untuk diriku sendiri "ermmm... walaupun kita tidak mengganggapnya begitu".

Ophe said...

" hik.. hik.. cik koishie, kita boleh jadi guru pada apa jua subjek yang kita suka :) "

ermm.... kenapa yaa aku terus tersenyum panjang saat membaca tulisan kamu ini.. :)

masMZ KaKiJaLaN said...

sebab kita ni per'angan' orangnya.. suka membayangkan segala yang manis :D

Ren said...

Hmmm legasi yang diteruskan>>

Suka kumpul barang--barang macam arwah atuk...
Arwah atuk ada 15 koleksi buku duit syiling purba, 2 kotak kasut keychain dari pelbagai tempat, satu fram besar 2mx2m kotak mancis pelbagai corak, 10 buah album setem sepanjang zaman, koleksi keris dan pedang yang tak tau ada berapa banyak...semua tu disimpan kat umah arwah....

aku?? setakat ni kumpul keychain, setem dulu , skang dah stop..masa arwah atuk ada, setiap minggu dia akan suh aku pilih setem baru dari koleksinya supaya aku simpan...
skang aku tengah gian kumpul fridge magnet..
walaupun belum capai tahap segigih atok, tapi aku akan cuba teruskan usahanya..

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel, kalo dikumpul dari sekarang.... masa bercucu nanti udah membukit koleksi ekau!!! Huhu.... Teruskan!!!