FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, March 11, 2009

TaMaN NeGaRa KeNYiR, TeReNGGaNU (PaRT 3)

Kuala Terengganu

Masjid Kristal dan Taman Monumen
Balik dari Kenyir, terus bergerak ke Kuala Terengganu. Tempat tujuan ke Masjid Kristal – memang cantik tapi tidak berpeluang untuk aku solat di dalamnya. Ermmm.... Kemudian bergerak ke Taman Monumen yang terletak berdekatan Masjid Kristal. Bayaran masuk RM10 sahaja (siap dengan pasport sekali untuk diskaun lawatan seterusnya). Taman ini menempatkan replika MasjidilHaram dan masjid-masjid lain yang terdapat di seluruh dunia termasuklah Masjid Nabi, AlHambra (Spain), Kalyan Minaret (Uzbekistan), Taj Mahal, Masjid Jawa... eh banyak!!!


[Taman Monumen dibuka Ahad sehingga Sabtu dan ditutup pada hari Selasa kecuali pada hari cuti umum dan cuti sekolah. Tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5].

Keropok Lekor

Ke Terenggganu tidak sah jika tidak membeli keropok lekor ataupun losong. Ermm borong sakan kami!! Den kongsikan saat kepok lekor ni diuli, direbus, dijual dan dibeli!!

No comments: