FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, February 11, 2009

TeaTeR MuziKaL iBU ZaiN


Teater Muzikal Ibu Zain akan dipentaskan semula!!!! Terima kasih kepada cik Koishie kerana maklumannya. Tak sabar nak pergi menonton kerana nama besarnya dan lagi tak sabar nak pergi menonton setelah membaca review persembahannya yang terdahulu :)

Teater Muzikal Ibu Zain dianjurkan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Aman Malaysia dengan kerjasama CTRA Production, Istana Budaya, Matic, Aswara dan De’Media & Event Entertainment.Muzikal ini diterbitkan oleh Siti Rohayah Attan dan diarah oleh Rosminah Mohd Tahir yang menjadi penulis skrip asal.Muzikal ini pernah dipentaskan pertama kalinya pada 12 hingga 18 Ogos 2008 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-51 tahun.

Teraju utama teater termasuklah Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengki Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim sebagai Ibu Zain. Turut membintangi pementasan ini adalah Datuk Rahim Razali, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj. Zaefrul Nordin, Tania Zalina, Sherry Syed Abdullah serta 50 pelakon lain. Datin Natasha Hudson juga akan membintangi teater ini sebagai Miss Ruth.

Persoalannya, "Siapa Ibu Zain?". Ibu Zain atau nama sebenarnya Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman merupakan seorang nasionalis yang berjuang untuk kemerdekaan dan menghalau penjajah. Beliau sanggup berjuang ke mana sahaja sehingga ditembak oleh komunis di pahanya. Parut di pahanya itu dianggapnya sebagai Peta Merdeka. Ibu Zain adalah Ketua Kaum Ibu Kebangsaan yang kedua atau sekarang dikenali sebagai Pergerakan Wanita UMNO. Ibu Zain tokoh guru yang banyak berjasa juga tokoh persuratan dan penulisan.

Jom kawan-kawan kita ke MatiC :)
Tarikh persembahan : 13 - 22 Mac 2009
Tempat : MatiC
Harga tiket RM20, RM30 dan RM50.

Perjuangan & keringat serta air mata seri kandi inilah membawa kebahagiaan kepada kita hari ini. Dia pernah difitnah. Dia pernah ditembak. Dia pernah kehilangan suami,tapi dia tetap gagah demi bangsa, agama & negara. Dialah Ibu Merdeka. Saksikanlah Teater Muzikal Biografi Ibu Zain Anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan AMAN Malaysia dengan kerjasama CTRA Production, MaTic, ASWARA & Istana Budaya.

19 comments:

Ren said...

kali ni natasha hudson berlakon yahoooooooooooooooooo

Ophe said...

walaupun di Matic, harap teater ibu zain sama hebatnya dengan pementasan di Istana budaya tahun lalu.

masMZ KaKiJaLaN said...

aiii cik JaNGGeL miNaT NaTasHa HuDsoN keR??? eKeKe.

ciK KoisHe, macam mana nak dapatkan tiket???

masMZ KaKiJaLaN said...

11 Feb 09, 14:55
KITA: Tiket akan dijual mulai 20 Februari di Matic. Tetapi lebih baik booking dulu dengan telefon 03-61866592.

Ophe said...

sempat kumpul kawan2 dulu

masMZ KaKiJaLaN said...

muehehehe.... betul cik koishie....
siapa nak ikut????

Anonymous said...

Masa aku search tentang muzikal ibu zain ni, terserempaklah blog-blog yang byk komen tentangnya. Rasanya tak sabar menanti kedatangannya. I suka la lakonan Catriona Ross tu masa dulu.. Harap2 Natasha bagus jugak... Rindu chikgu2 tu... Aimmmm.......

masMZ KaKiJaLaN said...

Salam cik Anis, tima kasih kerana menjenguk ke sini... Selamat berkenalan...
Menonton jugakah persembahan yang sebelum ini?? Jom ramai2 kita g tonton di Matic :)

Anonymous said...

Hi Cik MasMZ. Saya memang nak tonton. Smlm dah call dah opis produksi tu. kata akan jual tiket minggu depan. booking dulu kemudian blh amik tiket tu kat matic sebelah malam masa mereka rehearsal. bagus gak blh g lps opis. tp aku tak la tanya blh ke tgk rehearsal mereka. malu plak.

masMZ KaKiJaLaN said...

waHHH kaLaU boLeH TeNGoK ReHeaRsaL SeKaLi BeST JuGaKkaN!!!! TaPi DeNGaN SYaRaT TiKeT MesTi DaH BeLi DuLu :D

masMZ KaKiJaLaN said...

oRraiT DeN DaH BooKiNG TiKeT!!!! TaK saBaRNYa NaK PeRGi MeNoNtoN :D

Anonymous said...

Yo! Saya pun dah book 16 hb boleh g terus lps keja. nak amik la tiket tu senin ni 23hb lepas keja. Cik Mas g tgk hb apa?

masMZ KaKiJaLaN said...

Anis.... kita pun nak pegi menonton! Tiket dah booking 13hb... tak sabarnya nak pegi ambil tiket... katanya hari sabtu pun boleh datang collect :D

CTRA Production said...

Wa. Meriah sungguh komen-komen ttg Ibu Zain di Blog ini. Terima kasih sangat2 la atas sokongan anda semua. Tanpa kamu semua, tak ada la pementasan ini. Tiket boleh didapati di studio di luar auditorium MaTiC(tempat rehearsal dijalankan) Isnin-Jumaat (7pm-10pm) dan Sabtu (3pm-6pm). Kita boleh buat appointment kalau ingin ambil tiket tu lebih awal. Hehe... Chloe dr Muzikal Ibu Zain.

masMZ KaKiJaLaN said...

Hi Chloe, i planned to collect last saturday, tapi tak sompek.

Datang malam larrr, boleh intai-intai! Ekekeke.... Owhhhh simpankan tiket itu untukku!!!!!!

masMZ KaKiJaLaN said...

13?? Hehe.... sudah salah larrr.... 13 di IB, 20 di Matic..
Alamak, kena dengar citer korang semua dulu!!!!! Ala jelesnya!!!!!

CTRA Production said...

Dun worry Mas, memang saya simpan tiket utk u. hehe. jumpa nanti :)

Anonymous said...

natasha hudson did really well..she can actually sing man!!

masMZ KaKiJaLaN said...

alamak!
Can't wait to watch Ibu Zain!!!!!!