FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, January 21, 2009

PRoJeK KoKeN: TeaTeR KoMPiLasi



Tag Line : 4 Kes – 1 Motif
Tarikh : 28 JAN – 1 FEB 2009
Masa : 8.30 malam (28 Jan – 31 Jan)3 petang dan 8.30 malam (1 Feb)
Tempat : Stor Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur
Tiket : Melalui sumbangan minimum RM 20.00.
KONSEP
Teater Kompilasi Vol. 1 adalah sebuah kerja kolaborasi 4 orang pengarah. Dengan menggunakan tag line 4 kes satu motif, teater ini akan dibahagikan kepada 4 cerita yang dihasilkan melalui proses devised di antara pengarah dengan pelakon dan proses ini diikatkan dengan satu tema iaitu Kuasa. Ke empat-empat cerita ini akan dipersembahkan selama 30 minit setiap satu secara berterusan selama 2 jam.
TEMA
Tema bagi projek ini adalah Kuasa. Melalui tema ini ke empat-empat pengarah bersama pelakon akan menjelajahi isu-isu berkaitan dengannya seperti penindasan, dendam, cinta, pembunuhan dan sebagainya.

No comments: