FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, December 5, 2008

ReView TeaTeR BaNGsawaN PuTeRi SaaDoNG


Teater bangsawan Puteri Saadong sedang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) bermula pada 3 Disember dan akan berakhir pada 5 Disember 2008. (Aduh, tak sempat nak buat promo awal. Sibuk! Malam ni last erk buat sesiapa yang teringin nak pi tengok!)

Malam tadi nasib baik sempat kejar show!! Best!! Memang tak rugi nak tengok. Teater bangsawan sekarang ni macam dah kurang, teater muzikal pula yang beratur tunggu persembahan. So on so.... memang patut-patut juga tengok Puteri Saadong nih!

Teater Puteri Saadong diterajukan oleh Siti Surya Suryani (Puteri Saadong), Zuhairi (Raja Abdullah), Zainatul Shuhaida (Cik Siti Wan Kembang), Mubarak Majid (Datuk Paduka Raja), Ani Mayuni (Kak Nik Siti), Mohd Khairy Rosli (Raja Siam / Ligor - huh, best!!!!) dan ramai lagi. Teater ini diarahkan oleh seniman negara Pak Rahman B dan dibawakan oleh Jabatan Warisan Negara.

Teater ini mengisahkan kejelitaan Puteri Saadong permaisuri kepada Raja Abdullah yang hidup bahagia bersama memerintah negeri Kelantan. Kejelitaan Puteri Saadong telah membuatkan raja Siam (Linggor) yang terkenal dengan sikap kejam terpikat, meminang Puteri Saadong untuk dijadikan isteri. Raja Siam mengugut untuk menyerang negeri Kelantan sekiranya peminangannya ditolak. Untuk menyelamatkan negeri, Puteri Saadong memohon izin kepada Raja Abdullah untuk pergi ke Siam bagi menyelamatkan negeri Kelantan dari diserang. Pada mulanya, Raja Abdullah amat sukar untuk melepaskan Puteri Saadong pergi ke Siam tetapi setelah Puteri Saadong berjanji akan menjaga diri maka Raja Abdullah terpaksa mengalah demi kesejahteraan negeri Kelantan.

Di Siam, Raja Linggor mendapat penyakit misteri yang sukar diubati. Tok Chai (sami) mengatakan bahawa penyakit Raja Linggor hanya boleh diubati dengan bersyarat Raja Linggor mandi dengan air rendaman kedua belah kaki Puteri Saadong. Walaupun merasa malu, tetapi Raja Linggor terpaksa menemui Puteri Saadong . Raja Ligor berjanji kepada Puteri Saadong akan membebaskan Puteri Saadong dan mengaku saudara sekiranya Puteri Saadong memberikan air rendaman kakinya. Apabila tiba di Kelantan, Raja Abdullah menjadi sangsi dan tidak percaya kerana Puteri Saadong dapat pulang dengan selamat. Walaupun Puteri Saadong menjelaskan segalanya, Raja Abdullah masih tidak percaya terhadap kesucian Puteri Saadong kerana terlalu mendengar hasutan isteri keduanya.

Puteri Saadong sangat murka kerana dihina lalu ditikamnya Raja Abdullah . Kekecewaannya itu telah membuatkan Puteri Saadong melukakan dirinya sendiri sehingga terkeluar darah putih dari tubuhnya. Peristiwa tersebut menyebabkan semua yang melihatnya terkejut dan terbuktilah kesucian Puteri Saadong (Ending macam Romeo n Juliet jer rasanya! Har har har).

Keseluruhannya Teater Bangsawan Puteri Saadong memang best. Pelakon-pelakonnya memang hebat. Kostum memang fantastik (wow). Props sederhana tetapi sangat memadai. Tarian-tariannya memang cantik dan sangat lembut. Memang best! Lagi best sebab di antara babak, diselingkan dengan persembahan oleh Pak Rahman, Rohani B, Amnah Awang (Sungai Perak - "Hati terpaut di Teluk Intan :), namamu akan ku abadikan") dan Najwa Nasir. Best gilerrrr....

Kat bawah ni, disertakan gambar-gambar yang sempat disnapkan :)

Babak 1 : Istana Raja Abdullah. Raja Abdullah bertanyakan perkhabaran Puteri Saadong....


Babak 2 : Keadaan di Balai Istana.

Babak 3 : Raja Siam (Linggor) di istananya. Raja Siam hendak bertemu dengan Puteri Saadong, tetapi mengalami masalah gatal-gatal dan badan berbau busuk.

Babak 4 : Puteri Saadong bermuram durja.

Babak 4 : Raja Linggor cuba menghiburkan Puteri Saadong (Tarian Thai - ahai comel dan lembut)

Babak 5 (akhir) : Raja Abdullah di istana... Ending saksikan sendiri di MaTiC!!!

Me as Tukang Review :D

2 comments:

Ren said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha... Salam Persahabatan daripada Janggel

masMZ KaKiJaLaN said...

SeLaMaT HaRi RaYa....
JaNGaN LuPeR waK BaLik ReNDaNG Tok!!!