FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, December 26, 2008

aPa YaNG Aku BeLaJaR DaN ResoLusi

In my personal life, ada tiga perkara yang paling mengesankan aku pada tahun 2008. Far and for most kat tempat Lili, semua gelak bila aku cakap “Susahlah nak dressing jumpa orang. Kenapa kita tak boleh pakai track (yang lawa sket lar) ngan selipar (pun yang lawa jugak larrr… selipar aku lawa, trendy what!!! Hahaha)?” Lagi besar ketawa bila Rizal cakap “Ko nak pi jumpa orang, nak ajak dia pegi jogging ker?” Hahaha memang kelakar gila!!!! Iyer larrr aku sedar dan aku dah faham. Aku sorang je lain dari orang! Hehehe. Terima kasih kawan-kawan.

Perkara kedua just happen recently masa jumpa kawan-kawan lama kat Dusun Eco-resort. Among the first topic yang aku sembang (tanpa sempat duduk lagi) ialah “Eh, bestnya tempat ni! Bagusnya kalau dapat tengok tempat ni waktu siang. Macam-macam boleh …”. Tak sempat nak habis cakap, dah kena potong “Mas, Mas. Ko ni sama macam dulu. Ko dah lupa ke?” “Hah? Lupa apa?” “Sudah-sudahlah tu. …… [sekian]… [sekian]….” “Eh, ye ker?!!” “ Owhhh… Kenapa ko sebut???” “Arghhh semua dah tahu rahsia. Yer ker??? Dah tiga erk???” Diam sekejap “Tidakkk… Owhhh tidak!!!!!!” “Hai Mas. Mas. Sama dari dulu, entah bila nak berubah!”. Dan apa yang boleh aku jawab “Ermm…..”. Ketawa dan geleng kepala. Tunggulah sampai pintu pagar itu berjaya dibuka oleh sang putera dari kisah indah si pari-pari. Ada sesiapa nak isi borang ker? Hahahaha…. Nanti aku cuba lembut sikit nyerrr…. “Hello”.

Perkara ketiga, masa mendaki di Gunung Tapis. XPDC nie joinventure staff ngan student kat IPT tempat kawan aku and I’m with the staff side. The funny thing is that so suddenly akulah kakak kepada semua adinda-adinda perempuan xpdc. Tak ada staff perempuan yang ikut, yang ada itu akulah!! The beauty of this xpdc - bulan. Bulan penuh! Cantik! Memang cantik! We walked under the moon. Mula berjalan masuk hutan in the middle of the night, rentas Sungai Lembing separas pinggul di bawah bulan, mendaki Bukit Taubat yang Subhanallah curamnya, adik-adik banyak yang ‘pancit’ sebab tak bersedia fizikal dan mental, berlari ke puncak Tapis seperti mengejar bulan (and I called this xpdc “Chasing Moon”), dan keluar dari hutan dalam keadaan lenjun kerana setengah hari ‘mandi’ hujan dan memijak takung air. Banyak yang aku belajar. Masa jangan lalai, hormat orang, hormat alam, hargai semua yang kita ada, syukur, teamwork, aware, prepare and be strong (even if you are not, you just have too).
Gunung Tapis, aku pergi kerana melarikan diri dari kenyataan. Sedih sebenarnya. Jadi aku mencabar diri aku sendiri dan Gunung Tapis lebih kepada pencarian kekuatan aku sendiri. Sungguh di luar jangkaan kerana banyak dugaan dan tanggungjawab yang harus aku pikul dalam xpdc ini. Tidak pernah sekuat dan se’survivor’ ini. Kepada Tuhan aku berserah dan berdoa selamatkan adik-adikku, selamatkan semua, selamatkan kami. Alhamdulillah semuanya selamat. Semuanya selamat. Tiada kegembiraan yang boleh aku gambarkan melainkan Alhamdullillah dan tangisan kesyukuran.
Kalau ada kesempatan, 2009 demand kecik jer…. Hopefully aku sempat masuk Maliau Basin, mendaki gunung tuttttt (cepatlah bagi program!!), again mimpi kat tepi pantai (bertilam pasir putih, bersiling langit luas ditabur bintang, berlampu bulan purnama, berdendang ombak menghempas pantai-cewah!!), nak cuba homestay (siapa berani ikut? Hehe!) dan kalau dapat berhenti di Perhentian. Aku mahu mula menulis. Aku mahu secawan kopi atas meja putih dalam taman orkid jauh dari udara yang menyesakkan.

WoRK – HaPPiNeSS – LoVe

4 comments:

Ren said...

Nak itottttttttt...

masMZ KaKiJaLaN said...

jom pilih kampung mana kita nak masuk dulu???

Ren said...

Kampung serai wangi?? kampung pinang sebatang??? nak itottttttttt...tak kire nak itot jugak!

masMZ KaKiJaLaN said...

wah wah... kek mano kampung2 yang ekau sebut ni hah???