FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, November 24, 2008

MaK YoNG EXTRavaGaNza

Kaki Jalan nak ke persembahan Mak Yong hujung bulan nie. Kaki Jalan tak sabar nak pergi. Dan Kaki Jalan suka kalau lebih ramai lagi untuk tengok persembahan Mak Yong yang dibawa khas oleh Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) ini.
Mak Yong Extravaganza akan diadakan pada 27-30 November 2008 di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Setiap malam, persembahan adalah berlainan.
Malam pertama : Dewa Indera Dewa
Malam kedua : Endeng Tajeli
Malam ketiga : Raja Tangkai Hati
Malam keempat : Nik Kecik Dewa Muda

Persembahan bermula pada 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Suka dimaklumkan persembahan Mak Yong oleh kanak-kanak akan diadakan diperkarangan Amphitheater pada 8.00 malam (pasti comel-comel dan menarik!).
Jom ramai-ramai!!! HeHe tak sabarnya!!! :D

* Masuk percuma. Siapa nak ikut??? Jom!!! :D

No comments: