FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, November 12, 2008

EXeRciSe PeRPiNDaHAN

Erm.... tak tahu sedih atau tak sebenarnya. Exercise perpindahan jabatan sudah sah! Surat dah keluar!! Nama aku tak naik. Huwaaaaa...

Encik Y, dah dapat surat. Ala sukanya dia. Dapat tukar ke tempat yang dihajati (well not really, tapi dekat dengan tempat yang dia nak and he really likes it). Encik Y dah mula kemas barang dan nak mula tulis Nota Serah Tugas. Ala..... aku??? Kat sini lagi larrr... Sekarang aku ganti tempat Encik Y, selain Pengarah, aku yang paling lama di Bahagian nie. EEE tak best!

Khabarnya semua yang pohon pindah diluluskan. Paling best tahun ni, semua dapat ke tempat yang dipohon atau paling tidakpun berhampiran dengan tempat yang dipohon. Mak aaiiii memang aku cemburu sangat. Dah lima tahun aku kat sini.

Aku nak masuk state!!! Aku nak merasa duduk state pulak!!! Aku rasa orang yang duduk kat state ni lain, angin nyerr lain dari HQ. HQ, angin haba – panas. Macam angin kat dalam dust collecter kat kilang. Panas, kering dan berabuk (huk-huk!) (berabuk sebab aku dah lama duduk kat sini :D) !!! Nak juga aku merasa angin baru, sungguhpun aku tak tahu angin yang ada di sana itu adakah angin bayu, angin taufan atau angin kus-kus (oh, kus-kus??? Bucuk!!!!).

Harap-harap next exercise, nama aku akan naik. Kalau boleh, nak beralih ke mana yer??? Kalau ke utara (Perlis, Kedah), seronok! Kalau ke timur (Kelantan, Terengganu, Pahang), ok jugak - tiap-tiap hari aku ke laut. Kalau ke selatan (Johor – ui tough!, Melaka –boleh-boleh saja, Negeri Sembilan – ermmm…), campur-campur - tak tahu nak cakap apa, tapi SYMP! Ke Wilayah Tengah (P.Pinang, Perak, Selangor, KL), sama macam ke Selatan. Sabah Sarawak??? Entah! Harapan lebih kepada wilayah utara dan KL.

Hopefully, adalah yang mendengar permohonan aku nie.

No comments: