FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, August 20, 2008

LaNGkawi Di haTiKu

Ini bukan kali pertama aku ke sana, sudah berkali-kali. Pada kawan-kawan yang kutanya untuk ke sana lagi, tidak ada yang mahu. Sama seperti aku semasa memikirkan “Ah, Langkawi lagi.” Yang aku tahu soalannya, “Nak pesan boleh?”
Kerana janji, akhirnya pulau itu kujejaki lagi. Entah kenapa dalam keterpaksaan, tiba-tiba aku boleh tersenyum dan hati aku berdetik “This must be special. This must be something!!”.
Hari Pertama
Lepas check in terus solat jamak. Hotel itu ditinggalkan dengan kadar yang segera. Meronda di tepi pantai dan bagai pucuk di cita ulam mendatang, “Aaaaaa…. Aku dah nampak lori yang aku cari!!!!” Lori putih yang menjual laksa dan cendol. Sukanya aku kerana trip yang sebelum ini tak terjumpa pula dengan lori ini. Makan laksa dan cendol tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Best!!
Selesai makan, pekan Kuah dituju untuk membeli barang-barang yang dikirim. Sakan juga kerana hotel itu kembali dijejaki jam sepuluh malam! Sampai hotel, tinggalkan barang, keluar ‘dating’ pula dengan kawan lama. Panjangnya borak dan buat kali pertamanya aku makan gamat (lauk). Special juga gamat, walaupun tak rasa apa, tapi bila masuk mulut jer rasa macam best. Teksturnya kot!
Hari Kedua

Sarapan ala kampung. Nasi lemak yang lauknya kampung. Simple. Dan secawan kopi ais. Minum ais pagi-pagi!! Hehe.
Duduk menung-menung sekejap sementara menunggu pick-up package untuk islands hoping. Berkobar-kobar macam tak percaya cita-cita jadi kenyataan.
Pulau yang dituju ialah Pulau Dayang Bunting, Pulau Sungai Besar dan Pulau Beras Basah. Setiap pulau berbeza dan istimewa. Buat aku sendiri, sudah tentu peluang untuk mandi di Tasik Dayang Bunting yang berlagenda itu tidak aku lepaskan. Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar yang terletak di tengah-tengah pulau. Ajaib-ajaib.
Selepas makan tengah hari, sempat juga sekejap membeli coklat lagi (atas pesanan) sebelum balik ke hotel untuk mandi dan solat. Tak sempat nak rehat-rehat, Telaga Harbour dan tempat kereta kabel menjadi destinasi seterusnya. Oleh kerana cuaca baik, maka lama juga sesi fotografi berlangsung.
Dengan tak sedar diri, pekan Kuah sekali lagi dituju. Buat apa? SHOPPING. Siapa hantu shopping tu, aku tak tahu. Aku? Adalah sikit!!
Rehat sebentar di hotel dan keluar makan hampir lewat malam. Kira tahu juga lapar!! Tak risau kerana di Chenang tempat makan memang senang. Makan besar malam ni. Nasi putih lauk ketam masak cili dan sudah tentunya makanan kegemaran aku iaitu kerang bakar!! Yum.. Yum…
Hari Ketiga
Pagi-pagi selepas sarapan, jeti Kuah tempat yang dituju. Tak boleh bayangkan, impian aku menjadi kenyataan. “Pulau Payar, aku datang!! :D” Tak tahu nak cerita macam mana. Macam tak percaya! Pulau Payar antara pulau yang aku teringin sangat nak pergi tapi tak pernah sangka akan dapat pergi. Syukur!!
Trip yang aku ikut nie, aku seorang sahaja pelancong Melayu. (My friend tak nak ikut sebab katanya nak shopping lagi. Belum puas!!! : ) Yang lain adalah Mat dan Minah Saleh, pelancong India dan Cina yang aku kurang pasti warganegaranya.
Crew bot tu pun heran dengan aku. Hehehehe….. Entah apa yang mereka risaukan pun entah!! Tapi aku rasa, itulah untungnya. Sebab bila dah lain, dapatlah merasa layanan istimewa!! Hahahaha. Sampai nak ber‘jiwang’ kejap pun tak sempat. Penat aku menolak, sampai crew ketiga datang, aku angkat bendera. Dapat masuk tempat kapten, dapat pulak merasa pegang steering. Hehehe, suka!!! Bukan minta, tapi dioffer. Oklah tu!!!
Sampai di Pulau Payar, oleh kerana air surut dan kapal tak dapat masuk ke jeti, Coral Garden menjadi tujuan. Wah, cantiknya!!!!! Aku rasa ajaib!!! Kalau aku ini layang-layang, sudah tentu tinggi aku melayang. Macam di alam khayalan. Magis. Magis.
Ada seorang dive master bawa aku tour melalui karang besar. Dari kawasan hard coral ke kawasan soft coral yang eeeeeee geramnya aku!!! Tak terlawan lagi melihat karang yang cantik dan ikan-ikan di sekeliling. Agaknya tahu aku dah geram, peluang untuk menyelam tidak aku sia-siakan. Jaket keselamatan dilepaskan. Ya Allah, memang best sangat! Belum puas lagi dalam air dah kena panggil untuk makan dan bergerak ke pantai untuk sesi seterusnya iaitu ‘shark feeding’. Tarikan utama ketika pertama kali aku mengetahui kewujudan pulau ini. Memang menarik!Untung juga kerana aku dititipkan kepada seseorang. Dapat ‘tour’ lagi!! Snorkeling sampai ke pelantar. Banyak betul benda baru yang aku belajar. Kenapa sekejap sangat?? Tak puaslahhh!! Malam ini, makan lewat lagi di Chenang. Walaupun tidak ada niat untuk duduk lama di situ, tapi borak punya pasal, malam yang sudah sedia lewat itu menjadi semakin lewat. Balik hotel, pengsan!!
Hari Keempat
Ermmm… sedihnya. Betulke kena balik? Kenapa? Aku tak nak balik. Aku tak nak balik. Di sini dekat dengan laut. Di sini aku tenang. Di sini aku gembira. Di sini aku bebas. AKU TAK NAK BALIK!! AKU TAK NAK BALIK!! Kena balik jugak erk :'(

Nota catitan pada February 19, 2008

No comments: